Orang Muda Mesti Ada Kad Kredit

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Kad kredit ada banyak nama ada yang paggil kad hutang ada juga panggil kad plastik. Seorang kawan saya lagilah dia panggil kad masalah. Mungkin sebab dia pernah menjadi mangsa kad kredit.

Kad kredit adalah satu instrumen yang akan memudahkan pengguna dalam membuat sebarang pembayaran. Ianya memang satu kemudah tapi kalau salah langkah ia boleh menjadi musuh utama dalam hidup kita. Ramai kawan saya yang ada kad kredit dan ramai juga yang sudah jatuh ke dalam lubang kad kredit, salah siapa? Diri sendiri.

Orang muda mesti ada kad kredit, betul ke?
Orang muda mesti ada kad kredit, betul ke?

Orang Muda Mesti Ada Kad Kredit

Awal bulan yang lalu, peti sejuk di rumah meragam, peti sejuk hanya tinggal peti saja sejuknya sudah hilang. Rosak lagi peti sejuk ini, genap setahun diperbaiki peti kembali meragam. Mahu di baiki pasti tidak sempat siap kerana sudah dekat dengan Tahun Baru Cina. Mahu tak mahu kena beli juga, susah kalau tiada peti sejuk ianya keperluan bagi kami untuk menyimpan bahan mentah.

Jadi saya dan keluarga buat keputusan untuk pergi ke mall yang berdekatan dengan rumah. Untuk mencari peti sejuk yang di mahukan. Sampai di kedai yang ingin di tuju, saya hanya melayan tuan kecik, kerja memilih reka bentuk peti sejuk saya serahkan pada yang pakar iaitu isteri dan mak mertua saya. Saya mata tak berseni. Jadi kerja seni memilih barang ni saya serahkan pada kaum hawa.

Pilih itu pilih ini, promoter pun sibuk mempromosikan peti-peti terbaik yang mereka jual. Tekun mereka bekerja, saya suka. Tapi sedih bila dah pilih, stok banyak yang tiada stok kerana Tahun Baru Cina. Haiya, susah woo. Jadi akhirnya, pilih saja yang ada stok. Lupa nak minta display set mana tahu boleh dapat murah, silap juga. Hehehe.

Bila dah pilih promoter tu tanya saya

‘Ada kad kredit tak?’

‘Saya tiada kad kredit.’

‘Kad kredit apa pakai’

‘Saya tak pakai kad kredit’

‘Kalau ada kad kredit kita ada offer, easy payment with zero interest. Bulan-bulan dalam 200 lebih saja. Murah’

‘Tak mengapa. Saya tiada kad kredit’ Hati mula panas dah berulang kali saya jawab.

‘Ye ke? Orang muda mesti ada kad kredit, dik. Semua orang datang sini yang muda-muda ada kad kredit.’

‘Ok, saya bayar pakai kad debit. Kad kredit belum order lagi, kalau tak boleh pakai kad debit, tunggulah 10 tahun lagi saya datang balik. Boleh kan?’

‘Ok. Boleh dik. Ini jumlah yang perlu di bayar.’

Saya mengeluarkan cash yang telah siap saya keluarkan dari mesin ATM dan bayar jumlahnya.

Ada kad kredit, pilihan di tangan anda?
Ada kad kredit, pilihan di tangan anda?

Kad Kredit Pilihan

Saya tak faham apabila promoter itu sibuk kempen pasal zero interest dia tu. Cukuplah dia kempen peti sejuk tak perlu kempen kad kredit dan lain-lain. Fokus pada peti sejuk cukup tak perlu nak jual kad kredit. Paling saya tidak boleh terima ayat dia ‘Orang muda mesti ada kad kredit’. Memiliki kad kredit piliha individu kalau mereka mahu mereka boleh ada kad kredit tapi bukan satu kemestian. Tak semua orang muda ada kad kredit.

Sebenarnya saya bukan tidak ingin memiliki kad kredit tapi ianya bukan keperluan bagi saya buat masa ini. Saya memilih untuk menggunakan kad debit sahaja. Memiliki kad kredit pilihan individu sebenarnya terpulang kepada kepentingan masing-masing.

Kalau saya bekerja yang memerlukan saya untuk travel mungkin saya akan ada kad kredit. Tapi bukan sekarang.

Bulan Ramadhan adalah bulan 1,000 rahmat di dalam nya. Ganjaran pahala berlipat kali ganda bagi
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Lama sudah saya tak menulis di sini, disebabkan
Dimanakah letaknya nilai sebuah perkahwinan?? Adakah nilai hantaran yang tinggi itu adalah nilai sebuah perkahwinan.
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Hari terbaca satu post di laman sosial yang
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Isu Bauksit Di Kuantan kini telah menjadi isu
(Visited 39 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

17 thoughts on “Orang Muda Mesti Ada Kad Kredit”

  1. Promoter tu nak jual peti ais ke.. nak promote card credit.. pelik betul.. so far saya guna peti ais panasonic, mmg tahan lama…

    Tapi bagus juga ada kad kredit utk masa kecemasan dan juga tak perlu bawak duit yg byk utk beli brg yg mahal.. Yg penting kita guna, terus bayar dan jgn buat installment zero interest.
    Petua Puteri recently posted..Petua Cara Melawaskan KencingMy Profile

  2. pernah juga dulu pergi ke bank nak tukar kad atm, orang kerja bank tu tak habis2 suruh buat kad kredit,saya jawab balik, maaf lah bang, saya masih budak2 lagi, tak tahu nak guna kad kredit. terus dia diam. hehe. tapi kalau ade kad kredit pun, saya tak nak guna untuk beli ape2, sebab takut terjadi apa2 pada masa hadapan, kira kita berhutang la pakai kad kredit ni. Bagus bro, tak guna kad kredit, bayar cash ke senang, tak perlu pening2 kemudian hari.

  3. Peti sejuk ni, kalau boleh beli yg ada jenama sikit. Bukan apa, benda nak pakai lama…hehehe

    Bab kad kredit tu, mmg lah dia nak suruh kita bayar pakai kad kredit, mungkin sbb boleh buat untung sikit kot bayar bulan2 =)

    Kad kredit adakalanya jadi kehendak dan keperluan. Bergantung pada cara penggunaannya
    hafizmd recently posted..Jom Memberi!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge