Penderaan Kanak-kanak : Pengasuh Mendera Bayi

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Sekali lagi kita digemparkan dengan kes pengasuh mendera bayi berusia 4 bulan di Kuantan baru-baru ini. Saya tidak sanggup melihat klip rakaman pengasuh mendera bayi tersebut yang dibuatnya bagaikan roti canai. Di angkat di lambung tanpa ada belas kasihan.

Amah Mendera Bayi - Bayi secomel ini bukan untuk didera?
Pengasuh Mendera Bayi – Bayi secomel ini bukan untuk didera?

Dimanakah letaknya perikemanusiaan dalam diri? Betapa kejamnya dunia, bayi tidak berdosa didera tanpa belas insan.

Hari ini kita sekali lagi dikejutkan dengan kejadian yang hampir sama di Kota Bharu, seorang pengasuh mendera bayi. Sangat bernasib baik ibu kepada bayi ini juga mengambil langkah bijak yang sama dengan ibu bayi dari Kuantan itu dengan memasang CCTV dan memantau pergerakkan pengasuh mereka.

Sebelum ini kita juga pernah beberapa kali dikejutkan dengan tindakan pengasuh mendera bayi di TASKA. Kejadian sebegini kadang-kala menimbulkan keraguan kepada kita untuk meninggalkan anak di TASKA atau pun pada pengasuh.Tapi apalah sangat pilihan yang kita ada, jika suami isteri bekerja?

Seringkali juga saya tertanya pada diri saya, apakah persoalan yang bermain di minda mereka yang mendera bayi ini? Apakah mereka fikirkan? Apakah kepuasan yang mereka capai dengan mendera bayi?

Pengasuh Mendera Bayi - Together we stop child abuse
Pengasuh Mendera Bayi – Together we stop child abuse

Tapi kes yang dilaporkan adalah kes yang berjaya dikesan. Berapa ramai lagi sebenarnya jumlah kes sebegini yang berlaku di luar sana? Kes pengasuh mendera bayi. Kes seumpana ini tidak kita bangsa apa pengasuh itu, warganegara atau tidak. Ianya bukan soal kewarganegaraan tapi adalah kemanusiaan. Mana letaknya kemanusiannya dalam diri kita jika sanggup mendera bayi? Di manakah silapnya?

Sanggupkah kita hanya melihat jika anak kita didera? Sanggupkah kita untuk didera? Jika tidak sanggup, janganlah mendera bayi yang tidak berdosa itu. Ayuh kita bersatu untuk asuh dan didiklah mereka sebaiknya agar menjadi seorang manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Bagi mereka yang ingin berkerja sebagai pengasuh sila pastikan diri anda:

  1. Mempunyai kasih sayang terhadap bayi
  2. Mempunyai sifat peri kemanusiaan dan belas insan yang tinggi
  3. Mempunyai budi pekerti terpuji (amanah dalam mengasuh)
  4. Mempunyai daya ketahanan terhadap tekanan
  5. Mantap mental dan fizikal
  6. Budi bicara yang manis dan sopan (kanak-kanak mudah mengikut percakapan kita)
  7. Rasa tanggungjawab terhadap tugasan

Jika ini ada pada diri pengasuh, insyallah peratusan kes pengasuh mendera bayi akan dapat kita kurangkan.

“Together we stop child abuse”

Dua minggu lepas, kita semua dikejutkan dengan penyebaran video penderaan bayi oleh seorang ibu muda
Sebelum ini banyak saya melakukan pembelian atas talian baik dari dalam Malaysia dan juga luar
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia
Bulan puasa ramai yang cakap tiada masa untuk bersenam. Lagipun mereka katakan badan lemau dan
(Visited 44 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

4 thoughts on “Penderaan Kanak-kanak : Pengasuh Mendera Bayi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.