Pentingnya Jenama Blog

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku…

Bagi seorang blogger, blog adalah merupakan satu medan perkongsian minda dan juga aset mereka. Blog boleh menjadi salah satu sumber pendapatan yang penting dalam kehidupan seorang blogger jika mereka berjaya.

Jenama blog - Tonjolkan dirimu
Jenama blog

Bina jenama blog, adalah suatu perkara yang penting dalam kehidupan seorang blogger. Blog perlu dijenamakan bagi memastikan ianya mempunyai daya tarikan yang tersendiri hasil daripada idea mereka sendiri, bukannya hanya dengan copy paste sahaja.

Jenama blog biasanya dijenamakan mengikut acuan penulisnya. Terpulang kepada penulis itu sendiri untuk menjenamakannya. Pentingkah jenama blog? Bagi saya, ianya satu elemen penting dalam dunia blogging.

Mengapa jenama itu penting? Sebgai contoh, dalam kehidupan seharian kita, biasanya kita lebih percaya dan yakin dengan sesuatu produk berjenama, sebagai contoh bila sahaja menyebut ayam goreng pasti ramai yang akan mengingatkan KFC. Walaupun masih banyak jenama ayam goreng diluar sana, ini kerana ayam goreng lebih sinonim dengan KFC.

Itulah sebabnya kenapa jenama itu penting, sama juga dalam dunia blogging. Jenama blog perlu bagi menarik lebih ramai pembaca. Sebagai contoh dalam dunia blogging, terdapat beberapa blogger yang berjaya menberikan jenama kepada blog mereka pada pandangan saya, ataranya:

  • Denaihati.com – Selain dari nama blog yang unik dan mudah di ingati, blog denaihati begitu sinonim dengan tagline ‘Hidup Untuk Memberi’
  • Earcent – Seperti yang telah diketahui ramai blog Tuan Titan ini memang sinonim dengan gaya penulisan yang sempoi dan bersahaja tetapi ada ‘kick’ yang tersendiri. ‘CENDOL’ adalah trademark blog earncent.
  • zarulumbrella – Siapa tidak kenal dengan The Singing Blogger.
  • lifewithoutlimbs – suatu yang unik didengar dan menjadi tanda tanya siapa lifewithoutlimbs? Beliau adalah Nick Vujicic, seorang yang dilahirkan tiada tangan dan kaki tapi mempunyai semangat luar biasa. Beliaulah orang yang menjenamakan lifewithoutlimbs. Beliau bukan OKU tapi IDOLA.

Seperti contoh yang saya nyatakan di atas terdapat pelbagai cara untuk kita menjenamakan blog kita antaranya:

  • Nama domain yang unik
  • Tagline yang cacthy
  • Gaya tulisan yang menarik dan kreatif
  • Idea yang inovatif

Pembaca akan lebih tertarik dengan blog yang mempunyai jenama yang tersendiri. Apabila ini berlaku, untuk menjana duit daripada blog bukan lagi suatu fantasi. Ianya pastinya satu realiti apabila blog kita sudah mempunyai nilai trafik yang tinggi.

Saya juga masih lagi dalam usaha untuk men jenama blog daddydee.net, apabila penjenamaan sudah berjaya insyallah untuk mejadi 10 blogger terbaik Malaysia bukan lagi satu mimpi.

Fahami Kompenen Kereta Anda Dan Elakkan Ditipu 1> Minyak hitam Minyak hitam yg bukan sintetik
Satu ketika dulu di bengkel M ‘Bang, abang punya arm ni lari sikit. Alignment dah
Kali ini berkesempatan untuk menonton Justice League dengan wife dan anak-anak. Ikutkan kehendak abang Haiqal
Sekarang ni aku tengok banyak yang berkongsi status dan juga gambar kegembiraan mereka di media
(Visited 16 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

4 thoughts on “Pentingnya Jenama Blog”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge