Peperangan : Apa Tindakan Kita???

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Ramai yang sibuk melaungkan ‘Peace, No War’, ‘Save Gaza’, ‘Stop War’ dan sebagainya. Kita masih mampu melaungkan semua ini kerana tiada peperangan di sini. Kita masih mampu keluar berkerja dengan aman, masih mampu santai bersama keluarga dan minum kopi bersama teman. Aktiviti harian kita berjalan dengan lancar.

Peperangan : Ramai yang tidak berdosa menjadi mangsa
Peperangan : Ramai yang tidak berdosa menjadi mangsa

Namun jika dalam peperangan, pasti lain pula ceritanya. Hidup dalam keadaan yang sentiasa berjaga-jaga. Hidup dalam ketakutan dan kerisauan. Akitviti harian pasti tidak menjadi seperti dirancang. Pada saat itu, pastinya keselamatan nyawa menjadi keutamaan.

Entri ini bukan satu propaganda, bukan ingin memesongkan perhatian apatah lagi melahirkan ketakutan dalam diri saudara sekalian. Tapi sekadar ingin mengajak samua sama berfikir apa tindakan kita jika peperangan berlaku? Apa tindakan kita jika kita diserang? Apa tindakan kita jika kita dihujani peluru?

Saya pun tiada jawapan bagi persoalan diatas. Saya juga tidak tahu dimana harus saya berlindung. Saya tidak tahu apakah bekalan paling penting jika berada di tengah medan perang. Saya juga buntu memikirkan ini. Saya tidak pernah berada di medan perang.

Tidak dapat saya gambarkan, jika di saat saya bersantai berehat bersama keluarga di rumah, tetiba satu misil meletup di kawasan berdekatan. Saat itu saya tidak tahu apa yang dapat saya lakukan, mungkin saya hanya mampu berdiam di dalam rumah bersama keluarga dan hanya berdoa pada Allah swt.

Persoalan ini terlahir di kotak fikiran saya, apabila saya berbual dengan seorang rakan baru saya dari Gaza, Palestin. Beliau berkongsi sedikit pengalaman hidup beliau ketika di Gaza. Hidup mereka sentiasa dalam berjaga-jaga. Hidup dalam kecemasan sentiasa. Keadaan aman boleh bertukar menjadi huru-hara sekelip mata. Semuanya boleh berubah hanya dalam beberap saat.

Beliau turut menceritakan bahawa bunyi taburan peluru dan bom serta suara tangisan bagaikan satu irama yang sudah tidak asing lagi bagi mereka. Kalau kita, melihat peperangan yang selama seminggu di Gaza itu satu penyiksaan, ianya lebih lagi bagi mereka. Perit terpaksa di telan jua demi meneruskan hidup. Berjuang menegakkan syiar Islam dan mempertahankan bumi mereka. Berjuang Syahid itu matlamat mereka.

Mendengar pengalaman dari mulut beliau cukup berbeza rasanya dengan melihat di TV. Kerana ianya diceritakan oleh orang yang membesar dalam perang. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Apapun, moga-moga seluruh dunia akan aman. Tiada lagi peperangan.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Tahniah buat PDRM kerana berjaya memberkas antara penjenayah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Pilihanraya umum ke 13 (PRU13) makin dekat, 5
Jika Britain mempunyai British Special Air Service (SAS), Amerika Syarikat dengan Navy Sealsnya dan Israel
(Visited 38 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

11 thoughts on “Peperangan : Apa Tindakan Kita???”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.