Jujur Dalam Pekerjaan Yang Dilakukan

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku….

Jujur dalam pekerjaan seharian kita adalah satu sifat yang amat dituntut. Tidak kira apa saja pekerjaan yang kita lakukan, kecuali pekerjaan yang keji seperti menyamun, semuanya perlu jujur dalam pekerjaan yang kita lakukan.

Jujur dalam Pekerjaan
Jujur dalam Pekerjaan

Minggu lepas semasa dalam mesyuarat agak terkejut apabila seorang jurutera menyatakan terdapat cubaan menipu dalam pembinaan. Penipuan yang tidak berbaloi bagi saya.

Jurutera tersebut mengesan bahawa kontraktor kecil ini cuba menipu dengan tidak memasang rasuk bumbung dalam kerja pembinaan rumah PPR. Dalam lukisan pembinaan terdapat rasuk bumbung. Lagipun, rasuk bumbung adalah elemen penting dalam pembinaan sesebuah bangunan. Rasuk bumbung berperanan untuk mengagihkan beban dari bumbung kepada tiang dan ia juga berperanan memegang antara dua tiang.

Akibat dari perbuatannya kontraktor kecil ini yang bercita-cita untuk mengaut untung lebih dengan tidak memasang rasuk bumbung telah alami kerugian berlipat ganda. Kontraktor itu telah terpaksa merobohkan rumah berkenaan dan membinanya semula dengan semua kos ditanggung oleh mereka sendiri. Kontraktor ini juga berkemungkinan akan di senarai hitam kan yang mana akan mengakibatkan meraka tidak boleh lagi menyertai sebutharga atau tender di masa depan. Dan mesti ingat apabila di senarai hitam bukan satu organisasi saja malahan organisasi lain pun akan turut senarai hitam.

Kiranya bernasib baik kerana disenarai hitam saja tapi kalau kesalahan ini gagal dikesan awal. Rumah yang dibina diserahkan dan berlaku runtuhan yang menyebabkan kematian dan kehilangan harta, kontraktor ini pasti akan muflis kerana berkemungkinan disaman.

Kita selalu memikirkan keuntungan jangka pendek tanpa memikirkan akibat jangka panjangnya. Sebolehnya fikir dulu sebelum buat. Jujur dalam pekerjaan yang kita lakukan pastinya amat berbaloi dan berkat.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Apakah kehendak tuan/cik puan dalam hidup ini? Apakah
Sebelum ini banyak saya melakukan pembelian atas talian baik dari dalam Malaysia dan juga luar
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia
Bulan puasa ramai yang cakap tiada masa untuk bersenam. Lagipun mereka katakan badan lemau dan
(Visited 50 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

4 thoughts on “Jujur Dalam Pekerjaan Yang Dilakukan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.