Benarkah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Tidak Penting??

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan masih dianggap satu pekara remeh oleh kebanyakan organisasi baik organisasi kerajaan mahupun swasta. Walaupun sudah ada Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan National Institute Of Safety and Health (NIOSH), tapi sejauh manakah keberkesanan dan perlaksanaan nya dalam organisasi?

Keselamatan dan kesihatan pekerjaan itu memang penting
Keselamatan dan kesihatan pekerjaan itu memang penting

Saya bukan ingin menempelak memana organisasi baik kerajaan mahupun swasta, tapi sekadar berkongsi pandang dan pendapat berdasarkan pengalaman saya.

Sejujurnya saya tabik pada sistem perlaksanaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan ini dalam syarikat minyak dan multinasional yang benar-benar menitik beratkan hal ini. Sememangnya untuk perlaksaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan memang memakan kos yang tinggi tapi ianya sekadar kos permulaan sahaja. Untuk kemudian kalinya kos akan berkurangan. Kos paling tinggi adalah menyediakan kertas kerja dan peralatan yang sesuai.

Tetapi jika keselamatan dan kesihatan pekerjaan ini tidak diimplimentasikan impaks nya amat besar sekali. Antaranya adalah:

  • Operasi boleh dihentikan jika berlakunya ketidakpatuhan kepada akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan
  • Tindakan undang-undang terhadap syarikat dan individu kerana ketidapatuhan
  • Nama baik individu dan syarikat akan terjejas
  • Boleh menjejaskan keyakinan pelabur kepada syarikat tersebut
  • Ada juga kes dimana syarikat terpaksa diistiharkan bankrap kerana kegagal ini

Sebenarnya, kos perlaksanaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan ini ditempat kerja adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan kos yang terpaksa ditanggung akibat ketidakpatuhan.

Sebagai contoh, kos membeli 1 set abah-abah (safety harness) adalah antara RM 500- RM 1500. Ada syarikat yang sanggup berjimat untuk menggantikanya dengan safety belt yang lebih murah. Tapi jika berlakunya kemalangan, dan didapati adalah disebabkan kegagalan syarikat menyediakan peralatan kerja yang sesuai, syarikat boleh di kompaun dan operasi boleh dihentikan sementara. Bayangkan jika operasi dihentikan selama 2 minggu, berapakah kos kerugian yang ditanggung? Fikirkanlah?

Pilihan terletak di tangan anda? Jangan sudah terhantuk baru nak menyesal. Kerumitan dan kos tinggi pada awalan itu lebih baik untuk melaksanakan keselamatan dan kesihatan di tempat anda daripada dikompaun dan menanggung bahana lain dikemudian akibat ingin berjimat.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Dalam entri sebelum ini, Wordless Wednesday : Safety First kalau
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Ramadhan mendekat, kurang dari 24jam kita akan mula
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Migrain adalah sejenia sakit kepala yang amat menyakitkan.
(Visited 64 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

3 thoughts on “Benarkah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Tidak Penting??”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge