Kita Berperang Dengan Ilmu

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Pertempuran di Lahad Datu dan sekitar Sabah antara parajurit negara dengan penceroboh Sulu semakin meruncing. Dari khabar angin yang saya dengar dan baca, semakin ramai mangsa. Semoga parajurit kita akan dapat mempertahankan negara. Bersama kita mendoakan mereka.

Berperang dengan Ilmu
Berperang dengan Ilmu

Tadi berborak dengan sahabat saya di group, kami berbincang tentang menyambung pelajaran. Salah seorang rakan kami menyatakan ‘Tidak guna, menyambung pelajaran. Kita kini di ambang perang. Tiada guna lagi ilmu’.

Saya tidak setuju dengan pendapat kawan saya. Bagi saya ilmu amat penting. Kita boleh berperang dengan ilmu. Dengan adanya ilmu kita mampu mengubah segalanya. Mungkin kita tidak mampu untuk berperang dengan senjata. Tapi kita boleh berperang dengan ilmu. Kita boleh menggunakan ilmu yang kita ada untuk kebaikan bersama. Dengan ilmu sajalah kita dapat membangunkan negara dan ummah kembali.

Berperang dengan ilmu
Berperang dengan ilmu

Seperti Yahudi, kita lihat cara mereka menakluki dunia ini tiada lain lagi iaitu dengan Ilmu. Mereka menggunakan ilmu yang mereka menakluki dunia. Seluruh dunia sedar atau tak terpaksa tunduk menggunakan produk dari Israel. Mahu atau tidak kita tiada pilihan lain terpaksa menggunakannya. Tapi menggunakan bukan bermakna kita mengikut, kita juga harus menggunakan ilmu untuk melawan mereka kembali dengan menggunakan produk mereka. Itu sebaiknya.

Kalau di lihat dari sudut sejarah Islam, wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. adalah Iqra’ (Bacalah).

“BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU YANG MENCIPTAKAN . DIA TELAH MENCIPTAKAN MANUSIA DARIPADA SEGUMPAL DARAH. BACALAH DAN TUHANMU YANG PALING PEMURAH, MENGAJAR DENGAN PERANTARAAN AL-QURAN. DAN MENGAJAR MANUSIA APA YANG TIDAK DIKETAHUINYA”. ( SURAH AL-ALAQ :1-5)

Dari ayat di atas, dapat kita perhatikan betapa agama Islam amat mementingkan ilmu. Dengan ilmu saja akan membezakan kita semua. Saidina Ali r.a juga amat mementingkan ilmu. Bagi baginda ilmu adalah lebih berharga dari harta.

Kalau dilihat dari segi sejarah, bagaimana Sultan Muhammad al-Fateh dapat menakluki Kota Konstantinopel? Bagaimanakah baginda dapat menundukkan tentera Rom yang begitu kuat? Selepas beberapa percubaan yang dilakukan sebelum ini gagal, tapi baginda Sultan Muhammad al-Fateh berjaya melakukannya. Sudah tentu adalah dengan ketinggian ilmu yang miliki. Dengan ilmu yang ada pada baginda, baginda mampu menajadi pemerintah yang baik dan memiliki rakyat yang baik.

Dari sini kita dapat lihat betapa pentingnya ilmu. Tidak kira dalam situasi apapun kita, menuntut ilmu tetap menjadi tanggungjawab kita. Tanggunjawab kita untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara. Walaupun kita tidak mampu memegang senjara, kita boleh berperang dengan ilmu yang kita ada. Siapa tahu suatu hari nanti ilmuwan negara kita akan mampu mencipta teknologi sendiri. Siapa tahu? Segalanya mungkin dengan ilmu.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Apa khabar semua saudaraku? Semoga semuanya sihat sejahtera
Hari ni pergi RHB Bank, pasal kad dah kena block. Rupanya dah kena tukar kad
Satu ketika dulu di bengkel M ‘Bang, abang punya arm ni lari sikit. Alignment dah
(Visited 33 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

6 thoughts on “Kita Berperang Dengan Ilmu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge