Mengembalikan File DiHidden oleh Trojan

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

File dihidden oleh trojan, memang amat menyusahkan hidup saya. Semua ini bermula apabila saya menggunakan pendrive saya untuk memindahkan file dari komputer di fakulti. Akibatnya, pendrive saya telah diserang oleh trojan yang mengakibatkan semua folder / file dihidden.

SMAV Pro
SMAV Pro

Saya cuba menggunakan Kaspersky Tech Titan, tetapi tetap gagal. Saya scan beberapa kali menggunakan Kaspersky, virus, trojan dan worm memang dapat dikesan tapi folder / file dihidden tetap gagal dibaik pulih. Tetap tidak kelihatan.

Tapi alhamdulillah, hasil dari tunjuk ajar dari seorang sahabat, saya mencuba Anti Virus SMAV keluaran Indonesia. Akhirnya File dihidden oleh trojan telah berjaya diselamatkan dan dikembalikan.

Paparan Skrin SMAV
Paparan Skrin SMAV

Susah hati juga apabila hasil kerja kita selama ini disimpan dalam folder / file dihidden. Agak menggelupur, ini semua kerana malas nak back up file. Lepas ini, perlu lebih kerap back up file.

Bagi saudara yang menghadapi masalah ini boleh cuba install SMAV ini. SMAV adalah antivirus untuk pendrive, ianya adalah percuma. Selamat mencuba.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Tukarkan ke PDF Kekadang
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku sekalian... Pernahkah saudara mengalami tekanan jiwa apabila fail
9 Mei 2018 yang lalu jadi tanggal penting dalam sejarah Negara Malaysia apabila Parti Barisan
Filem Deadpool 2 sudah mula di tayangkan pada Selasa. Dan pasti ramai yang menunggu untuk
(Visited 17 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

10 thoughts on “Mengembalikan File DiHidden oleh Trojan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.