Pandangan Perokok Tentang Rokok Elektronik

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Sebelum ini saya ada menulis tentang kesan rokok elektronik, dan ramai juga mereka yang berpengalaman telah meninggalkan komen mereka diruangan komen. Di sini saya ingin berkongsi antara pandangan mereka tentang rokok elektronik ini.

Komen dari smoke hunter tentang rokok elektronik:

Assalamualaikum.
Daddydee.Net,
Saya tertarik terhadap entri yg dikemukakan. Secara jujurnya, saya salah seorang bekas perokok tegar (Nusantara + Suria) yg lain x layan & kaki shisha yg tegar. Hampir 4 malam layan shisha berturut2x setiap minggu. Bergantung pada keadaan poket. andai kata ada duit jer, memng malam ajak rakan2x layan sekali. Sekadar berkongsi pengalaman. Memang betul, hampir semua orang tidak suka pada keadaan berasap, lebih2x lagi pada asap rokok. Menyebabkan pelbagai kesukaran. Seperti sebelum ini, terdapat keluaran Smoker Heaven. E-Cig yg menggunakan karto yg kecik dan harganya agak tinggi. Tetapi saya tetap mahu mencuba, pada mulanya agak pelik. Lama kelamaan, beransur baik. X sampai 2 minggu. mula menunjukkan kesan sampingan pada diri saya, kepala kerap pening. Maka, saya berhenti ambil Smoker Heaven. Kembali pada asal. Nusantara Hijau + Suria + Shisha. Terus hilang simptom pening kepala tersebut. Kini terdapat keluaran terbaru. E-Cig or Personal Vapor. Walaupun ianya sudah lama di pasaran. Sejak tahun 2010 lagi. Saya pada asalnya ragu2x untuk mencuba, risaukan kesan yg silam. Tetapi niat di hati mahu berhenti merokok & shisha, saya tetap mencuba. Ego-T kit permulaan yg saya cuba dahulu. Saya cuba hampir sebulan. Alhamdulillah, tiada kesan sampingan yg berlaku. Hari terakhir saya merokok dan juga shisha adalah pada 20/12/2012. Saya mula vape sejak itu, dengan Ego-T + Vivi Nova Tank, bersama Flavor Hanseng yg mempunyai kadar nikotin 12mg. Memang agak perit bagi sesetengah orang yg hisap. Dalam seminggu, kandungan nikotin semakin berkurang, dari 12mg ke 0mg (e-juice). Keinginan untuk merokok berkurang kerana kandungan nikotin memadai. Akan tetapi keinginan untuk shisha pula yg meluap2x kerana sedutan bagi Kit ini amat terhad. Jauh berbeza ngan shisha. Maka, ambil keputusan untuk upgrade kepada advance kit. DS Mod + Aga-T + Flavor DIY 0mg. Ternyata jauh beza ngan starter kit. Maka hingga kini, berjaya berhenti rokok & shisha. In Shaa Allah, bulan 4 ini, saya mahu jalankan pemeriksaan kesihatan, scan bagai semua. untuk melihat perubahan.

Dan sekadar berkongsi tips untuk e-cig. Ramai risaukan kesan sampingan akan datang. Boleh cuba cara saya lakukan sekarang.
– Kerap minum air kosong (elak tekak kering)
– Vape mengikut keadaan, suasana yg panas tidak digalakkan (mengekalkan keselesaan pernafasan)
– Komposisi flavor memainkan peranan. Nikotin, Gula, PV & VG. ( elak campuran nkotin yg berlebihan)
– Amalkan permakanan yg sihat.
– Bersenam & Bersukan

Walau apa pun, ini sekadar berkongsi pengalaman, lain orang, lain ragamnya. Rokok E-Cig or PV adalah batu loncatan untuk berhenti tabit merokok dan shisha. Dan ada juga, Orang yg tidak merokok mempunyai penyakit yang lebih teruk dari yg merokok. Dan memilih kemudharatan adalah keburukan. Jangan sesekali kita yg tidak merokok ini mengeji orang yg merokok. Walaupun kita dan dia tahu merokok itu bahaya. Sekian sahaja berkongsi pengalaman dan pendapat. Agar ianya dapat berikan manfaat pada yang lain.
“Segala yang baik, datangnya dari Allah, dan segala yang buruk itu juga datangnya dari Allah, tetapi bersandarkan pada kita sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini”

Komen ebalngek tentang rokok elektronik

salam 1malaysia =D
saye just nk share cket.. setiap bnde ade baik ade buruk.. saye pn hisap rokok elektrik ni dn rokok biasa.. actually rokok ni dpt jimatkn duit dn kurgkn hisap rokok tembakau. memang mule2 nk beli mahal. tp xla mahal mne. pling murah bole dpt rm70 je. n liquid pling murah sebotol rm10 je, byngkn rokok sekotak skrg dunhill rm10.20. bole thn sehari ke 3hari je. tp saye hisap rokok elektrik ni sebotol bole thn seminggu ke 2minggu. mksdnye rm10 utk seminggu berbanding rm40 ke rm70 seminggu klau isap rokok tembakau.
nikotine yg kite hisap xla byk mne n xtrlalu byk racun atau bhn kimia yg lain berbanding rokok tembakau. n mulut pn tak busuk. haha.
tp kesan yg buruk yg saye dh dengar dr kwn saye plk pakcik dye xisap rokok tembakau. just isap rokok elektrik ni je.. dlm bpe2 bln air liur pakcik dye ni asik meleleh klau xhisap rokok elktrik ni.. n skrg dye asek kne buat rwatan kt hospital.
2 antre kesan baik n buruk yg sye nk share.
kesimpulannye, kajian msih belum knl psti kesan yg akn dpt bile isap rokok elektrik ni.
wt karangan plk aku . haha
bye

Apapun, masing-masing ada pandangan masing-masing. Dan saya respek dengan smoke hunter dan ebalngek yang sudi berkongsi pengalaman mereka tentang rokok elektronik ini. Saya juga amat berharap rokok elektronik ini akan memberi kesan yang positif bukannya negatif.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Bulan Ramadahan adalah satu bulan rahmat, bulan Ramadhan
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua... Pertamanya, saya ingin meminta maaf jika entri ini, Kawasan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Rokok elektronik memang menjadi satu fenomena sekarang ini.
(Visited 52 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

7 thoughts on “Pandangan Perokok Tentang Rokok Elektronik”

  1. thanx 4 sharing..sy x mrokok..tp sgt alah dgn asap rokok..bla terbatuk..kdg smpai tmuntah 🙁
    sy ank tgl pmpuan dr 8 org bradik llaki..5 dr dorg adlh prokok.now…+ 1 g my future husband juga prokok..thats y..sy tgh rajin mbca n mcri ilmu ttg rkok elektronik ni.. utk mbntu insan2 yg sy sayang sgt… 🙂 thanx 4 reading

  2. Asal nmya mrokok mang x baik utk kshtan.e_cig ka apaka.smuany pun sma jgk ttp isap rokok.sya bnci org mrokok.bkn myusahkn dri sndri ja mlh turut myusahkan org len jgk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge