Tiada Lagi Hari Minggu

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku…

Hari Jumaat menjelma lagi, hari yang sememangnya ditunggu ramai, hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan juga menandakan tibanya masa untuk rehat bersama keluarga selepas berhempas pulas selama 5 hari mencari rezeki.

Setiap kali tiba, hari Jumaat hati saya sedikit sedih kerana tiada lagi hari minggu bagi saya. Tiada lagi hari minggu untuk saya meluangkan masa bersama anak isteri tersayang. Tiada lagi hari minggu untuk saya dan keluarga merehatkan diri bersama-sama keluarga. Tiada lagi hari minggu untuk saya pulang menjengah keluarga di kampung kecuali hari cuti semesta. Sekarang ini masa saya bersama anak hanyalah pada sebelah malam sahaja.

Kembali bergelar sebagai pelajar, memang agak sukar bagi saya. Agak berat juga sebenarnya. Tapi itulah pengorbanan saya terpaksa lalui iaitu tiada lagi hari minggu. Tapi lagi berat pengorbanan Isteri saya, amat sangat saya berterima kasih pada isteri saya yang amat memahami dan menyokong saya, pada hari minggu dialah bapa dialah ibu pada anak saya. Saya pula berada di kelas.

Masa 8 hingga 5 saya tiada lagi bersama keluarga, hari biasa saya di pejabat, hari minggu pula saya di kelas. Sedih juga melihat anak saya merengek setiap kali saya hendak meninggalkannya di rumah untuk ke kelas. Selalunya kami akan membawanya berjalan tapi kini tidak lagi. Inn Shaa Allah nanti cuti kita bercuti.

Dua tunjang utama dalam hidup saya.
Dua tunjang utama dalam hidup saya.

Sekarang ini, saya masih peringkat untuk mengatur kembali rutin hidup saya yang sudah lari. Agak mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan semua ini.

Semoga apa yang saya lakukan ini tepat dan dipermudahkan segalanya, semuanya bukan untuk saya sendiri sahaja, tapi untuk keluarga saya juga. Terima kasih buat isteri tersayang yang sentiasa menyokong, tanpa mu isteriku, saya tidak mampu melakukan ini semua. Terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua... Sekadar ingin berkongsi salah satu movie yang bagi saya
Assalamualaikum and best wishes to all My Pals. I'm addicted. Yes, I'm already addicted. Don't
(Visited 47 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

4 thoughts on “Tiada Lagi Hari Minggu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.