Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…
Jika semalam kita menerima berita gembira apabila pasukan Badminton Malaysia berjaya memenangi Axiata Cup 2013, hari ini kita menerima satu berita duka apabila berlakunya tragedi letupan di Boston Marathon yang disertai kira-kira 27,000 orang peserta. Sedih apabila melihat manusia yang tidak berdosa menjadi mangsa. Aktiviti yang sihat telah bertukar menjadi satu medan darah.
Letupan di Boston Marathon telah menyebabkan 2 maut dan 23 cedera. Dua letupan dikatakan diletakkan berdekatan dengan garisan penamat.
Gambar Tragedi Letupan di Boston Marathon
Ketika letupan di Boston Marathon – Peserta baru tiba di garisan penamatTragedi letupan di Boston Marathon – Mangsa yang bergelimpanganTragedi letupan di Boston Marathon – Suasan panik selepas letupan
Video Tragedi Letupan Di Boston Marathon
Selepas ini, mungkin pihak keselamatan dan penganjur perlu lebih menitik beratkan aspek keselamatan dalam pengangjuran sebarang event sebegini. Tragedi letupan di marathon Boston patut menjadi tauladan buat kita semua.
Dalam sukan pun boleh berlaku keganasan dan serangan sekarang ini. Tragedi letupan di Marathon Boston patut dijadikan iktibar buat kita semua. Bersama kita berdoa agar dijauhkan dari tragedi sebegini.
Untuk menjadi seorang yang cemerlang, seseorang itu perlu meletakkan harga diri yang tinggi. Dalam hidup
(Visited 75 times, 1 visits today)
Author: DaddyDee
Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.
View all posts by DaddyDee
jangan lepas ni nak tuduh pengganas islam lagi sudahlah..
hafiz recently posted..Keputusan penuh Selangor vs Johor Darul Takzim Piala FA 2013
kesian orang2 yang tak berdosa..
sohoque recently posted..Pelancaran Dumex Dugro 5 Power Nutri
Emm mintak jauh la dari dugaan mcm ni..takut rasanya..
Hafizul recently posted..Dilema Suami Dalam Kesempitan