Mentor Jutawan

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat semua saudaraku…

Dalam hidup ini kita memerlukan mentor untuk menjadi inspirasi dalam kehidupan seharian kita. Mentor akan memandu minda dan jasad kita ke arah kejayaan yang kita impikan. Tapi mentor tidak menyuap kita, hanya memberi gambaran kasar haluan mana harus kita pilih untuk menuju puncak, jalannya tetap kita yang tentukan.

Mentor Jutawan, saya perlukan mentor jutawan kerana saya impi untuk jadi Jutawan. Bukan menjadi jutawan yang mempunyai wang yang berjuta, tapi cukup menjadi seorang yang bebas dari sebarang masalah kewangan dah happy.

Sebenarnya ramai mentor jutawan dalam hidup saya antaranya adalah Azizi Ali, Robert T.Kiyosaki, Irfan Khairi, Warren Buffet, dan banyak lagi. Kalau nak disenaraikan memang terlalu banyak. Beberapa buah buku tulisan mentor jutawan juga telah saya miliki. Buku-buku jutawan ini sebenarnya memang amat menarik untuk santapan minda kita sebenarnya kerana banyak tips dan ilmu berkesan yang dikongsikan didalamnya amat berguna dalam kehidupan. Walaupun kita tidak menjadi jutawan sekurangnya kita mendapat ilmu yang membuka minda kita.

mentor jutawan
mentor jutawan – buku yang mesti dibaca

Biar kita miskin harta tapi kaya ilmu. Itu satu nilai tambah yang amat penting dalam kehidupan sekarang. Kejayaan dalam hidup bukanlah dengan jumlah A ataupun CGPA tapi adalah bagaimana kita boleh survival dalam dunia hari ini. Menongkah segala arus cabaran yang membadai kita pada hari ini.

Sedikit yang boleh saya kongsikan dalam banyak banyak buku motivasi sebegini yang saya baca tidak kira keluaran Malaysia ataupun antarabangsa tips nya cukup simple dan mudah yang kadang kala pernah kita fikirkan tapi tidak pernah kita ambil kisah. Tips yang simple ini amat mudah dipraktikkan tapi sukar untuk kosistenkan. Kerana ianya perlukan disipliin.

Rahsia utama kebanyakan jutawan dalam dunia ini adalah DISIPLIN.

Bulan puasa ramai yang cakap tiada masa untuk bersenam. Lagipun mereka katakan badan lemau dan
9 Mei 2018 yang lalu jadi tanggal penting dalam sejarah Negara Malaysia apabila Parti Barisan
Filem Deadpool 2 sudah mula di tayangkan pada Selasa. Dan pasti ramai yang menunggu untuk
Takeo Kukuchi jenama fesyen di Jepun Jenama fesyen Jepun Takeo Kikuchi
Eddie Putra adalah salah satu photografer yang amat aku segani. Dia memang antara legend lah.
(Visited 24 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

6 thoughts on “Mentor Jutawan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge