Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Merancang Persaraan Kita

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku…

Apa khabar semua saudaraku? Masih dalam keadaan sihat sejahtera bahagia gembira bersama keluarga tercinta saya harapkan.

Mearancang Persaraan - Untuk Apa? Bagaimana?
Mearancang Persaraan – Untuk Apa? Bagaimana?

Merancang Persaraan, itu satu soalan yang amat sensitif bagi sesetengah orang, ramai yang sensitif dengan soalan ini sebenarnya. Ramai yang saya bertanya akan membalas dengan satu renungan tajam dan air muka yang berubah serta merta. Mungkin mereka fikir saya memerli mereka dan mungkin ini jawapan yang ingin mereka utarakan pada saya:  ‘Aku masih muda, belum lagi hendak bersara.’ ataupun ‘Aku masih kuat untuk berkerja. Lambat lagi mahu pencen’.

Jom Niaga – Berniaga dan Berseronok

Buat Duit Dari Rumah

Peringkat umur manakah yang sesuai untuk merancang persaraan? Mari kita lihat mentaliti biasa masyarakat kita dalam bab perbelanjaan dan kewangan:

    • Umur 20-30 Tahun : Usia yang masih muda baru menempuh ke alam pekerjaan mungkin juga baru graduasi dan beralih ke dunia pekerjaan. Peringkat umur ini adalah peringkat mengejar impian dan untuk kelihatan mewah. Ramai yang saat usia ini mula untuk membuat hutang samada hutang kereta, hutang pendidiakan, personal loan atau kad kreadit. Kebanyakan wang gaji adalah untuk membayat hutang.
    • Umur 30-40 Tahun : Masih peringkat usia pemuda. Peringkat ini ekonomi biasanya mula stabil dengan keadaan gaji yang lebih besar. Peringkat ini mula untuk merancang dan menyusun semula hutang piutang. Tidak kurang juga yang mula membuat hutang baru untuk memiliki rumah dan kenderaan yang lebih besar.
    • Umur 40-50 Tahun : Usia yang sudah menjelang ‘Asar’. Tempoh bagi menyelesaikan segala hutang piutang dan mula menabung untuk pencen. Mula berminat untuk memiliki perlindungan takaful.
    • Umur 50 Tahun Ke Atas : Saat-saat untuk bertenang dan santai. Menjelaskan segala baki hutang, merancang wasiat dan memikirkan kesihatan. Memulakan fasa baru yang bebas dari beban kerja.

Jawatan kosong: Pekerja Part-Time Di Perlukan

Kebanyakan akan mula befikir dan merancang persaraan pada usia 40-50 tahun, malah tidak kurang yang langsung tiada perancangan. Tidak merancang persaraan mereka dan hanya bergantung kepada duit KWSP atau wang pencen semata.

Bagi saya sepatutnya kita merancang persaraan kita di saat kita melangkah masuk ke alam pekerjaan. Mulakan dengan jumlah yang kecil tidak mengapa, yang penting kita menyimpan untuk hari persaraan kita kelak. Sebaiknya, jangan hanya menyimpan di dalam bank sahaja, tetapi dilaburkan wang simpanan tersebut dalam skim pelaburan yang terjamin dan memberi pulangan yang lumayan seperti Pelaburan Emas atau Perak, Pelaburan Saham, Pelaburan Unit Amanah (Unit Trust), Pelaburan Hartanah dan lain-lain lagi. Jangan dilupa untuk melabur juga dalam Skim Perlindungan Takaful. Ingat Inflasi sentiasa mengejar kita.

mentor jutawan
Buku Mentor Jutawan

Merancang persaraan awal adalah satu langkah yang bijak sebenarnya. Biarlah kita bersara dengan bebas dari sebarang masalah kewangan. Ayuh pelajari dari mentor jutawan bagaimana mereka lakukan.

Takeo Kukuchi jenama fesyen di Jepun Jenama fesyen Jepun Takeo Kikuchi
Eddie Putra adalah salah satu photografer yang amat aku segani. Dia memang antara legend lah.
Arsene Wenger Tinggalkan Arsenal Arsène Wenger telah mengeluarkan kenyataan berikut: "Selepas
Jujur je aku mengaku memang aku buta pasal ilmu kereta, terutama bab dalam bahagian enjin.
Sempena ulangtahun ke-50 Big Mac, satu kolabrasi andara McDonald's x G-Shock telah berlaku. Dua syarikat
(Visited 52 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

5 thoughts on “Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Merancang Persaraan Kita”

  1. perancangan kewangan jika boleh harus melangkaui perancangan persaraan. cuba rancang untuk mendapatkan status “financial freedom” di masa akan datang. Di mana pada waktu itu duit pula yang berkerja untuk kita. simpanan dan investment kita yang kita pupuk sedari awal berkerja telah cukup untuk berkerja dan memberikan pulangan tahunan kpd kita yang cukup untuk kita buat perbelanjaan untuk setahun. dengan perancangan yang betul dan kesabaran serta disiplin, objektif ini boleh dicapai…
    ishak recently posted..Logo Baru Synergy Khalifs AdvisorMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge