Mood PRU

Assalamualaikum dan salam Inspirasi buat semua saudaraku..

Apa khabar semua saudaraku sekalian? Sudah seminggu rasanya saya tidak menulis dalam daddydee.net. Sudah terabai dek kerana kesibukan kerja dan tugasan offline saya. Tugasan kerja hakiki dan tugasan sebagai bapa dan pelajar membuatkan komitmen saya pada blog ini agak berkurang, insyallah penulisan di sini akan saya teruskan kerana inilah medan perkongsian saya.

Pembubaran Parlimen secara rasmi telah diumumkan. Ini bermakna tidak lama lagi akan berlangsungnya PRU 13. Dan pastinya ramai yang sudah dilanda mood PRU 13. Kalau di lihat dalam media sosial makin ramai yang update pasal perang bendera sana sini. Pasti juga akan lebih banyak ceramah politik sana sini nanti. Mood PRU hanya akan melanda dalam 5 tahun sekali.

Walau apapun jadi, walau apapun fahaman politik kita, jangan sesekali biarkan ianya menghancurkan perpaduan dan keamanan kita. Biarkan kita teguh bersatu. Dengan perpaduan sahaja akan membawa keamanan kepada kita. Membawa kemakmuran kepada kita.

Jangan biarkan orang lain mempengaruhi kita. Saat-saat begini pasti akan ada racun yang ingin menghancurkan perpaduan yang akan disuntik. Jangan biarkan ianya berlaku.

Pasti ramai yang diserang mood PRU yang membara dalam jiwa masing-masing. Tapi biarkan kita terus semangat juga untuk mempertahankan perpaduan masyarakat kita. Itu lebih penting.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Sekarang ini saya dalam perjalanan pulang ke desa.
Menjadikan pelajar sekolah sebagai mangsa politik adalah sesuatu yang kejam. Sesuatu yang tidak patut. Itu
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia
Bulan puasa ramai yang cakap tiada masa untuk bersenam. Lagipun mereka katakan badan lemau dan
(Visited 30 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

10 thoughts on “Mood PRU”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.