Cinta ubat migrain

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Migrain adalah sejenia sakit kepala yang amat menyakitkan. Biasanya serangan migrain akan menyebabkan kepala pesakit berdenyut sebelah. Biasanya ketika serangan migrain pesakit tidak suka akan cahaya dan bunyi bising. Sebab-sebab migrain antaranya adalah resah, tekanan perasaan, kurang makan atau tidur dan pendedahan pada cahaya silau.

Dari segi perubatan pula doktor percaya migrain berpunca dari salur salur darah di dalam kepala yang mengembang dan menguncup secara mengejut. Kebanyakannya adalah berpunca dari keturunan.

Hari ini terbaca pula dalam akhbar Kosmo iaitu ‘Bercinta Ubat Migrain’. ‘Sebanyak 60% pesakit mengatakan sakit kepala mereka sembuh sebaik sahaja bercinta’ kata pakar neurologu Universiti Munster, Jerman, Stevan Evers. Evers mengatakan ia berlaku disebabkan lonjakan horman endorin semasa bercinta sekali gus menghilangkan rasa sakit kepala. Hormon endorfin merupakan bahan kimia yang menghilangkan kesakitan tubuh. Aktiviti senaman juga dapat menbantu kurangkan migrain dan sakit kepala.

Cinta ubat migrain, bagi saya mungkin juga kerana cinta boleh menghilangkan stress seseorang. Biasanya bercinta kita akan berasa tenang dan aman. Jadi logiklah cinta ubat migrain. Yang paling penting kita kena bijak tangani stress. Jangan biarkan stress menghantui diri kita.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Bila tiba hari raya pasti jejaka-jejaka idaman Malaya
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Ramadhan mendekat, kurang dari 24jam kita akan mula
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan masih dianggap satu pekara
(Visited 11 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

2 thoughts on “Cinta ubat migrain”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge