Kerana Mulut Badan Binasa, Kerana Tulisan Badan Merana Hentikan Tomahan Dan Fitnah

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Vote for Malaysia
Vote for Malaysia

Apa khabar semua saudaraku? Sihat sejahtera bahagia aman sentosa senantiasa hendaknya.

Lagi 3 hari, untuk tiba 5 Mei 2013, satu tarikh yang amat ditunggu oleh seluruh rakyat Malaysia, untuk memilih siapakah bakal menjadi peneraju negara yang baru. Siapakah yang akan mengemudi negara kearah negara maju dan Islam. Siapakah dia? Kita tentukan, inilah masanya.

Sana sini semakin rancak ceramah perdana sana sini. Semua wakil rakyat dan bakal wakil rakyat yang dulu batang hidung pun yang tidak kelihatan, kini turun bersama rakyat, setiap saat mereka habiskan untuk bersama rakyat. Pelbagai taktik mereka gunakan untuk memancing undi dari rakyat. Janji? Ya, sana sini bertaburan janji ditabur. Tunai belum tentu tertunai.

Perihal YB-YB saya tak mahu cerita, tapi mahu cerita tentang kita rakyat biasa. Saya lihat sana sini dalam laman sosial dan blog tersebar pelbagai tomahan dan fitnah. Kenapa saya katakan semuanya fitnah? Kerana semuanya tiada bukti yang kukuh, tiada usul yang kuat. Kalau dulu cikgu sekolah selalu berpesan kepada murid-muridnya ‘Jangan kerana mulut badan binasa’ sekarang ini saya tukarkan sedikit ‘Jangan kerana tulisan badan merana’. Hentikan tomahan dan fitnah melulu ini, jangan terlalu taksub.

Semoga kita dilindungi dari fitnah
Semoga kita dilindungi dari fitnah

Apa guna kita melakukan tomahan dan fitnah pada orang lain? Untungkah kita berbuat begitu? Berapa Juta Ringgit Malaysia kita dibayar untuk berbuat begitu? Bagi saya langsung tidak menguntungkan, bayangkan satu fitnah kita sebarkan satu dosa tercatit untuk kita, dan satu pahala tercatit untuk orang yang difitnah. Belum lagi orang lain pula menyebarkan lagi apa yang kita fitnahkan. Ingat laman sosial dan blog adalah satu viral, dalam satu saat tulisan itu boleh tersebar ke seluruh dunia. Bayangkan kalau sejuta mempercayai fitnah kita dan apa kita dapat? Tak lain dan tak bukan dosa sahaja. Ingat ‘Jangan kerana tulisan badan merana’, laratkah kita pikul tambahan dosa baru.

Kalau apa yang kita tulis itu bukan fitnah, tapi kebenaran ianya amat bagus dan amat berguna jika ianya bermanafaat. Tapi kalau ianya mengaibkan seseorang sama saja seperti fitnah. Ingat bahaya fitnah itu sama seperti membunuh. Tidak gitu ke saudaraku?

Saya ada terbaca ada seorang insan ini menyatakan ‘seorang pemimpin ini tidak menghafal 30 juzuk al-Quran’. Langsung saya tertanya-tanya siapakah insan yang menulis ini untuk menilai seorang pemimpin itu? Sejauh manakah insan itu mengenal pemimpin tersebut? Adakah insan itu menghafal 30 juzuk al-Quran? wallahualam.

Saya sendiri tidak menghafal 30 juzuk al-Quran. Saya hanya sekadar tahu membaca al-Quran. Dan banyak lagi ilmu mengenai al-Quran dan Islam belum saya pelajari, ilmu saya terlalu cetek. Sebab itu saya tidak ingin menilai sesiapa pun. Diri saya sendiri tidak betul siapalah saya untuk menilai orang lain. Lebih baik saya cerminkan diri, menilai diri sendiri mencari kekurangan diri. Itu yang terbaik bagi saya.

Hentikan tomahan dan fitnah, usah kerana tulisan badan merana. Ayuh kita bersatu dan fokus, usah menyebarkan api perpecahan yang merosakkan bangsa. Walau apapun, fahaman politik kita ayuh kita bersatu. Blogger we’re one.

Ayuh laksanakan tugas kita Ahad ini.

'Ah... Nanti aku buat lah', 'Aku tahulah apa aku nak buat', 'Nanti-nantilah'.... Ini antara alasan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Kesukaran untuk menulis blog adalah apabila kekeringan idea.
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Hari terbaca satu post di laman sosial yang
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Isu Bauksit Di Kuantan kini telah menjadi isu
(Visited 32 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

5 thoughts on “Kerana Mulut Badan Binasa, Kerana Tulisan Badan Merana Hentikan Tomahan Dan Fitnah”

  1. Kita kena selidik dulu siapa kita sebelum tangan dan mulut lancang mengata orang. Asal kita air mani, kemudian jadi seketul daging, lepas tu membesar.. Cuba perhatikan kejadian kita pada masa tu. Buruk kan? Bila dah besar lalu lahir melalui jalan keluarnya najis. Semua kita sama. Tapi kenapa masih ada mahu yang nak menghina sesama kita? Lihat asal usul, pasti kita sedar siapa diri kita.
    Cikgu Hairul recently posted..Pesta Buku Antarabangsa KL 2013 | Hari Buruh | Sesak Luar BiasaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge