Perubatan Moden vs Perubatan Tradisional

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Apa khabar semua? Harap sihat sejahtera semuanya. Sayang kalian semua.

Doktor adalah merupakan satu cita-cita saya pada zaman kanak-kanak dulu, tapi apakan daya saya agak lemah semangat tengok darah. Darah sembelih ayam boleh la saya tengok, tapi kalau darah orang kena operate memang tak sanggup saya tengok. Saya jarang sangat tengok video pembedahan dan memang tak sanggup nak tengok movie horror cam series SAW tu. Saya akui.

Perubatan Moden
Perubatan Moden

Berbalik kepada perubatan moden vs perubatan tradisional, yang manakah lebih releven bagi anda semua? Adakah perubatan moden atau perubatan tradisional.

Perubatan moden adalah perubatan yang biasa di praktikkan di klinik dan hospital sekarang ini dengan menggunakan segala kemajuan teknologi dan sains. Manakala, perubatan tradional atau alternatif yang saya maksudkan adalah perubatan secara Islam yang menggunakan ayat suci al-Quran, bukannya perubatan cara Melayu lama menggunakan kemenyan, bomoh, puja, seru, ‘tok’ dan sebagainya.

Saya pernah menggunakan kedua-dua perkhidmatan tabib moden dan ustaz ini. Alhamdulillah. Pada pandangan saya, perubatan moden dan perubatan tradisional tidak dapat dipisahkan. Bagi saya ada penyakit yang boleh dirawat menggunakan kaedah moden tapi ada kalanya perubatan tradisional (Islam) adalah lebih baik. Terpulang pada keadaan dan penyakitnya. Contohnya, penyakit yang melibatkan gangguan Jin kita memerlukan ustaz untuk mengubatinya. Bukan begitu?

Saya mempercayai kewujudan jin walaupun saya tidak pernah melihatnya secara terus ini kerana saya mempunyai beberapa pengalaman dan juga dalil yang sahih yang terang dan nyata dalam al-Quran:

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu” Surah al-Dhariyat :56)

“Dan Bahawa Sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya Dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana Dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.”( Surah al-Jinn :6)

Pada saya, tidak salah kita mencuba kedua-dua kaedah bagi merawat penyakit yang kita hadapi. Jika gagal cara moden mungkin kita boleh cuba cara tradisional, rawatan Islam. Jika gagal cara perubatan tradisional kita cuba pula perubatan moden. Tidak salah kita mencuba. Kita berikhtiar dan berubat. Ingat Rasulullah saw ada berpesan:

“Tidak ada seorang muslim pun yang ditimpa gangguan seperti tusukan duri atau lebih berat daripadanya melainkan dengan ujian itu dihapuskan Allah perbuatan buruknya serta digugurkan dosanya sebagaimana pohon kayu yang menggugurkan daunnya”

(Riwayat Bukhari dan Muslim )

Tiada sakit yang tiada penawarnya kecuali tua dan mati.

Cuba berusaha dengan kedua kaedah perubatan moden mahupun perubatan tradisional pasti akan membuahkan hasil jika tepat. Yang penting kita berusaha dan mencuba. Jangan putus asa.

Ini adalah sekadar pandangan peribadi saya sahaja. Pandangan saudara mungkin berbeza. Jadi apa fikir saudara?

(Visited 205 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

7 thoughts on “Perubatan Moden vs Perubatan Tradisional”

  1. Bagi aku perubatan moden dan perubatan tradisional ni sama penting. Kerana mungkin ada penyakit yang tak berjaya di ubati oleh perubatan moden tetapi boleh dengan perubatan tradisional, begitu juga sebaliknya.

    Masing-masing ada kelebihan tersendiri, kita sebagai manusia perlu mencari jalan untuk menyembuhkan penyakit. Jangan sampai terjadi perkara-perkara yang syirik sudahlah.
    Areep recently posted..Silver Supply and Demand – Why You Should Buy Silver Coins NowMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge