Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…
Alhamdulillah tadi berkesempatan bekunjung ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Ini kali pertama saya berpeluang ke Pesta Buku Antarabangsa dan ini juga kali pertama saya ke pesta buku selepas zaman sekolah. Kalau duly zaman sekolah selalu juga pergi pesta buku sebab cikgu yang bawa lawatan sambil belajar katanya.
Saya ingatkan pergi hari ini tidak ramai orang di Pesta Buku Antarabangsa, rupanya jangkaan saya meleset sama sekali. Tetap ramai pengunjung rupanya, penuh. Sesak yang amat. Ramai juga pelajar sekolah, agaknya lawatan sambil belajar sekolah agaknya.
Harga buku yang ditawarkan juga amat menarik sekali memang murah. Rata-rata buku ditawarkan diskaun 20% ke atas. Memang berbaloi untuk poket.
Atas permintaan isteri saya turut mencari novel yang isteri minta tapi tiada judul yang isteri saya mahukan. Harga novel pun ada potongan. Kalau di booth Kaki Novel ada potongan RM7 untuk setiap novel. Karya Seni menawarkan RM4 untuk setiap novel.
Memang banyak tawaran, sampai hanyut sekejap saya dalam lautan buku-buku. Sesat juga sekejap tadi dalam mencari jalan keluar. Fokus saya sudah pasti beberapa booth kegemaran saya iaitu booth PTS, MAPIM dan TrueWealth.
Hampir 2jam saya dalam tapak Pesta Buku Antarabangsa, dan hasilnya 4 buah buku saya sambar. Nilai 4 buah buku itu adalah hampir RM200 tetapi saya hanya membayar RM130 sahaja. Jimat RM70 memang berbaloi kan?
Pada yang ada masa terluang memang patut pergi ke Pesta Buku Antarabangsa ni. Dan bawalah keluarga bersama. Ayuh kita jadi bangsa yang suka membaca dan berilmu.
fuhh..rajinnya hang pi sana..
titan recently posted..Contest Review Tak Terkalah.
Bukan rajin tp membuang masa pasal cuti. Hahahsh