Selamatkah Lorong Sikal

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Apa khabar semua saudaraku? Maaf jarang menjengah ke blog saudara sekalian dan jarang juga update di sini, sekarang ini ‘my time is running out’. Saya agak terkejar-kejar sekarang ini untuk mesyiapkan segala assignment saya. Inn sha allah nanti pertengahan bulan Jun saya akan ada final exam. Berdebar juga sebab dah lama tidak jejak kaki ke dewan peperiksaan.

Laluan Sikal
Laluan Sikal

Petang tadi, ada terbaca tentang keengganan pengguna motosikal untuk menggunakan lorong sikal. Tidak diakui masih ramai yang enggan menggunakan lorong sikal. Saya sendiri pun sepanjang hampir 10 tahun menjadi penunggang tegar motosikal di Kuala Lumpur ini, kalau boleh memang saya tidak akan memilih untuk menggunakan lorong sikal.

Mengikut kajian penunggang motosikal adalah antara penyumbang utama angka maut dalam statistik kemalangan jalan raya. Dan kajian juga menunjukkan bahawa jika penunggang motosikal semuanya memilih untuk menggunakan lorong sikal akan dapat mengurangkan sebanyak 30% jumlah kemalangan maut.

Selamatkah Lorong Sikal? Kalau diikutkan konsep asal, lorong sikal dibina untuk melindungi pengunggang motosikal. Dengan adanya lorong sikal, pengguna motosikal dapat diasingkan dari pengguna kereta, bas dan lori. Kaedah ini dapat menjamin penunggang motosikal yang kecil dari kenderaan yang lebih besar.

Tapi itu jika ditengok dari segi konsep. Sebaliknya pula jika dilihat dari sudut implementasi, saya memilih untuk menyatakan laluan sikal adalah tidak selamat. Jika saudara pernah menggunakan lorong sikal pasti saudara tahu apa masalah lorong sikal di Malaysia ini?

Antara masalah yang wujud di lorong sikal adalah antaranya jalan yang berlubang, batu ditepi jalan, paku di taburkan dan terdapat banyak blind spot. Sebab-sebab ini jugalah masih ada penunggang motosikal tidak memilih lorong sikal kerana merbahaya. Boleh saya nyatakan disini lorong sikal tidak diselenggara sebaiknya.

Saya kadangkala tidak faham dengan rekabentuk jalan di negara kita. Seperti tidak dirancang dengan sebaiknya. Kalau dilihat permukaan jalan yang beralun serta tidak rata yang boleh menyebabkan kerosakan motosikal. Biasanya pengguna motosikal ni poket mereka tidak tebal jadi bila motosikal rosak agak merana bagi mereka.

Dan yang tak tahan adalah ada saja batu kecil bertaburan yang membuatkan jalan jadi licin. Batu kecil ini akan menyebabkan permukaan tayar dan jalan hilang cengkaman. Ini boleh menyebabkan kemalangan. Bab paku ditabur, minyak dicurah dan pelbagai perbuatan khianat dan samun tak perlu dicerita sebab kebanyakan laluan sikal adalah gelap.

Selain itu, lorong sikal juga terlalu banyak blind spot seperti di terowong laluan sikal. Kekadang kita tidak nampak motosikal di hadapan, ini yang antara punca kemalangan berlaku di laluan sikal. Terowong ini juga selalunya akan tenggelam air apabila hujan lebat. Saya pernah terkena beberapa kali.

Konsep asal laluan sikal memang bagus untuk menyediakan platform laluan untuk pengguna motosikal yang lebih selamat dengan mengasingkan motosikal dengan kenderaan berat lain. Tapi saya cadangkan agar rekabentuk dan senggaraan laluan sikal juga dititikberatkan. Dan sebolehnya cubalah bawa motosikal di laluan sikal terutama di Federal Highway untuk mengetahui apa perasaan sebenar pengguna laluan sikal.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... 10 Cara Habiskan Masa
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Saya masa comel bersama
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Dalam minggu ini kita dikejutkan oleh beberapa siri
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Pengalaman adalah satu pembelajaran yang paling berguna dalam
(Visited 53 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

5 thoughts on “Selamatkah Lorong Sikal”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.