Fakta Zip YKK

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudara ku…

Zip YKK, satu nama yang tidak asing lagi dalam hidup kita. Majoriti zip seluar mahupun beg yang kita gunakan adalah brand YKK.

The YKK Group adalah syarikat pembuatan dari Jepun yang merupakan pengeluar zip terbesar dunia. YKK juga mengeluarkan produk lain seperti peralatan jentera dan pembinaan. YKK juga merupakan syarikat pengeluar zip yang pertama yang mementingkan langkah perlindungan alam sekitar.

Zip YKK
Zip YKK

YKK adalah huruf permulaan bagi Yoshida Kogyo KabushikiKaisha. Serba sedikit sejarah YKK adalah:

  • January 1934 – San-es Shokai diasaskan oleh Tadao Yoshida di Higashi Nihonbashi, Tokyo, pengeluaran dan pemasaran produk zip bermula.
  • Februari 1938 – San-es Shokai dinamakan Yoshida Kogyosho.
  • Februari 1942 – Yoshida Kogyosho disusun semula sebagai sebuah syarikat yang terhad.
  • Mei 1945 – Loji Komatsugawa terbakar dan dibubarkan buat sementara.
  • Ogos 1945 – Yoshida Kogyosho telah dibeli oleh Uozu Tekkousho K.K. dan dinamakan semula Yoshida Kogyo K.K.
  • Januari 1946 – YKK® didaftarkan sebagai tanda perniagaan kepada Yoshida Kogyo KK
  • Mac 1951 – Yoshida Kogyo K.K. telah berpindah ibu pejabatnya ke Nihonbashi Bakuro-cho, Chuo-ku, Tokyo.
  • Mei 1955 – Loji Kurobe memulakan operasi di Kurobe City, Toyama.
  • Ogos 1958 – Ibu pejabat dipindahkan ke Asakusa Kaminarimon, Taito-ku, Tokyo.
  • November 1959 – Yoshida Kogyo K.K. melabarkan sayap ke luar negara dan mula pengeluaran dan pemasaran produk di New Zealand.
  • Ogos 1994 – Yoshida Kogyo K.K. menggunakan nama YKK Corporation.
  • September 1994 – Kumpulan YKK menetapkan Piagam Alam Sekitar.

Dengan hanya pengeluaran zip YKK berjaya menawan dunia. Kalau di lihat dari segi sejarah YKK pelbagai jatuh naik dalam dunia perniagaan yang YKK telah lalui untuk dikenali sehingga sekarang. Berdiri gah sejak dari 1934 sehingga sekarang semestinya bukan satu usaha yang mudah.

Bagi usahawan, boleh jadikan kejayaan YKK sebagai contoh.

 

Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Melihat dari sudut pandang yang berbeza adalah amat
Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Budak Kampung Yang 'Bodoh'... 'Bodo mung' dah lali
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Apakah matlamat tukar kerja?
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara yang ke 57. Alhamdulillah
(Visited 50 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

27 thoughts on “Fakta Zip YKK”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.