Hargai Masa

Assalamualaikum dan Salam Inpirasi Buat Semua Saudaraku…

Apa khabar semua? Harap sihat sejahtera senantiasa hendaknya. Sekarang ini bermula semesta baru bagi pelajar MARA dan Politeknik yang baru melaporkan diri. Tahniah buat mereka semua, harapnya kalian semua terus fokus dalam mendaki puncak impian. Jangan pernah mengalah.

Hargai masa kita
Hargai masa kita

Hari ini saya ingin kongsikan salah satu tips untuk berjaya iaitu hargai masa. Masa adalah elemen terpenting dalam kita mengejar kejayaan. Ingat orang yang berjaya adalah orang yang hargai masa mereka. Saya tidak setuju dengan istilah masa itu emas kerana masa tiada nilainya. Kesilapan kita tidak dapat dibetulkan, kerana masa tidak dapat diundur.

Antara amalan dan tips yang mungkin boleh kita gunakan dalam hargai masa adalah:

  • Rekodkan aktiviti – rekodkan setiap aktiviti harian yang anda lakukan. Rekodkan aktiviti anda selama seminggu. Rekod ini kemudian di bandingkan berapa lama masa yang digunakan untuk aktiviti berfaedah dan yang mana tidak. Perhatikan aktiviti mana yang patut dikurangkan dan yang mana patut ditambah.
  • Perbanyakan aktiviti berfaedah – Dari rekod yang telah kita catatkan pertimbangkan aktiviti yang patut kita berikan lebih masa. Aktiviti yang memberikan kita lebih manafaat dalam hidup seperti membaca buku dan aktiviti bersama keluarga. Bagi blogger, sudah semestinya masa untuk bersama blog juga amat penting.
  • Rancangkan masa –  Anda adalah tuan kepada masa anda. Jadi rancangkan masa anda agar masa seharian anda dihabiskan dalam aktiviti yang akan membuat perubahan besar dalam hidup anda seperti merancang untuk perniagaan sendiri.
  • Jadual untuk aktiviti bebas – Rancangkan masa terluang yang mana anda boleh gunakannya untuk bebas melakukan apa saja. Ini adalah bagi mengelakkan anda terlalu stress dengan jadual anda sendiri.
  • Rancang perjalanan harian anda – Sebaiknya sebelum anda tidur ambillah masa selama 30 minit untuk  merancang aktiviti anda pada esok hari.
  • Jangan berlengah – Jika ada tugasan yang perlu disiapkan segera menyiapkannya. Jangan berlengah dan bertangguh, kerana kita tidak tahu apa lagi yang akan menimpa kita pada masa akan datang.
  • Kurangkan gangguan – Dalam melakukan kerja kita memerlukan fokus, jadi kurangkan gangguan adalah penting. Antara gangguan utama pada zaman sekarang ini adalah Facebook. Kecuali Facebook adalah medium anda untuk menjana wang atau kerja.
  • Kerapkan Rehat –  Dalam melakukan sesuatu, ambillah rehat sedetik. Bagi memberikan masa anda untuk bertenang. Untuk mengurangkan stress. Kalau dah terlalu stress semua pun akan tidak menjadi.

Ini hanyalah pandangan saya sahaja, sekadar saya kongsikan di sini. Mungkin anda juga mempunyai banyak lagi tips hebat yang boleh dikongsikan ayuh kita berkongsi.

 

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Dari zaman sekolah kita di ajar untuk menghargai
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia
Bulan puasa ramai yang cakap tiada masa untuk bersenam. Lagipun mereka katakan badan lemau dan
9 Mei 2018 yang lalu jadi tanggal penting dalam sejarah Negara Malaysia apabila Parti Barisan
(Visited 32 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

24 thoughts on “Hargai Masa”

  1. “Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian” Masa itu sentiasa berlalu tanpa menunggu kita…hargailah masa. Sedetik berlalu…ia tidak akan berulang kembali… Penuhi masa dengan aktiviti berfaedah untuk kebahgiaan didunia dan akhirat.
    Bin Muhammad recently posted..Jika Ajal Sudah Tiba…My Profile

  2. Keadaan amat ironik zaman sekarang dan dahulu. Zaman dulu tu walaupun serba kekurangan, namun lebih mudah untuk manage masa. Zaman ni mentang2 lah dah ada samrtphone, tab dsb. kalau ada hal penting tu, perlu respond immediately lo, walaupun kita sedang cuti atau lepak di kedai kopi masa lunch hour. Adeh, dulu lain sekarang lain…
    Ismail N recently posted..iMoney – Convenience At The Click Of Your FingersMy Profile

  3. ada jika ada kerja kita perlukan masa. bila masa ada gunakan sebaik boleh. jagan biarkan masa berlalu tapi masa emas. saya memang tak cukup tangan heee sejak bangun dari tidur terus solat, buat sarapan pagi.masa saya bila mereka dah ke sekolah, suami ke pejabat saya akan kemas rumah itu makan masa 15 minit heee..pastu barulah loading time utk blog cukup jam 10pg saya stop blog sb akan ke dapur masak mkn tengahari utk anak2.. aduh time tu makan dengan dia layan dia, mandikan dia sampailah dia tertidur..

    pastu kalau rasa die lelap tdo masa saya siapkan oder dr pelanggan, semak stok bagai. petang skit sy akan berblog itu klu anak tak ganggu hee..

    eh dah terlebih ar pulak haaaa 😛 admin jangan marah yer, sorry
    suri recently posted..Bisnes Tau Huay Memang Menguntungkan…My Profile

    1. Ini lah hebatnya seorang wanita. Saya akui saya tidak mampu nak buat seperti puan buat. Tahniah puan. Terima kasih para ibu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.