Air Kurma Jadi Menu Wajib

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Alhamdulillah misi untuk mencari putu bambu telah berjaya dilaksanakan. Tapi apa bila membaca apa yang ditulis oleh hafizmohd buat kan saya cemburu buta. Memang saya buat saya cemburu, lepas ni memang kena buat sendiri juga putu bambu baru boleh mencapai kepuasan maksimum.

Saya sebenarnya tidak suka sangat ke Bazar Ramadhan tapi bila sudah menjadi suami dan bapa ni, kemahuan isteri saya ikutkan juga. Pergi ke bazar Ramadhan pun untuk mencari air tebu, vadei dan tepung pelita. Itu saja yang menjadi pilihan setiap kali ke bazar Ramadhan Pantai Dalam. Kadang kala murtabak pun jadi pilihan juga.

Kerabu Sare

Tapi kalau dah anak jati Negeri Kelantan ni, kemana pergi tetap mencari susur galurnya. Jadi sasaran saya sudah pasti Kerabu Sare dan Akok pasti menjadi target utama. Nasib baik dekat rumah saya ada Restoren Anis Puteri, di Pantai Dalam ada menyediakan pelbagai juadah Kelantan jadi memang tak susah saya nak mencari Kerabu Sare dan Akok. Tahun sebelum ini air tuak (air nira) pun ada di jual. Tahun ini saya tak pasti. Kalau yang berminat boleh lah berkunjung ke Restoren Anis Puteri, Kampung Pantai Dalam, Kuala Lumpur terdapat pelbagai juadah disediakan disana.

Tahun ini juga bertambah lagi satu menu saya iaitu Air Kurma yang sudah menjadi satu menu wajib saya berbuka pada tahun ini. Bukan air kurma kordial tapi homemade punya. Saya pun tak pandai juga membuatnya sebenarnya dan memang fail ilmu masak-memasak ini, cuma apabila terlintas idea lalu saya lakukan.

Saya hanya renehkan isi kurma dalam air panas. Saya suka gunakan 4-5 biji kurma bagi 2 gelas air bagi lebih sikit ras kurmanya. Alhamdulillah air kurma ini memang menyegarkan. Insyallah petang ini akan buat lagi air kurma untuk berbuka.

(Visited 22 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

16 thoughts on “Air Kurma Jadi Menu Wajib”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge