Berhenti Merokok Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Bulan Ramadahan adalah satu bulan rahmat, bulan Ramadhan juga bulan rahmat bagi perokok tegar. Kerana setiap kali tibanya bulan Ramadhan lah boleh dengar kawan-kawan ku yang perokok tegar ini akan tersenyum lebar sebab perbelanjaan rokok mereka berkurangan. Penjimatan wang perbelanjaan rokok boleh mereka gunakan untuk belanja Hari Raya.

Tidak kurang juga ada juga kawan-kawan yang perokok tegar yang berhasrat untuk terus berhenti merokok. Ramai juga kawan-kawan saya yang telah berjaya untuk berhenti merokok dan tak kurang juga yang terus berulang kali berazam dan berazam untuk berhenti merokok setiap kali tiba nya Ramadhan. Tapi sekurang-kurangnya ada azam untuk berhenti.

Saya pula sebagai seorang kawan pastinya akan tetap menyokong setiap perbuatan baik seorang kawan. Kawan nak berhenti merokok memang saya sokong sangat. Tapi kalau nak bertukar kepada rokok elektronik saya tidak sokong dan sarankan sebab sudah banyak hal ini diperdebatkan dan kajian juga sudah dibuat yang menunjukkan lebih banyak kesan buruk dari kesan baik dalam rokok elektronik ini. Jadi tepuk dada tanya hati, kalian sebagai tuan punya badan.

Tip berhenti merokok

Tengok gambar seorang uncle dari Turki di bawah ini sanggup berbuat apa saja untuk berhenti merokok, beliau telah mengambil inisiatif untuk memasang sangkar pada kepala nya untuk mengelakkannya dari merokok. Setiap hari dia akan menyuruh isterinya memasangkan sangkar di kepala nya sebelum keluar dari rumah. Kalau ada kemahuan untuk berhenti pasti anda boleh berjaya untuk berhenti merokok.

 

Berhenti Merokok
Berhenti Merokok
Berhenti Merokok
Pelbagai usaha untuk berhenti merokok

 

Kalau duit membeli rokok tu kan baik kalau dikumpul untuk membeli kitab SEO Merah Jambu yang comel, atau membeli buku panduan ebook Rahsia Putu, Rahsia Bun ataupun Panduan Baju Kurung pasti pelaburan untuk ilmu adalah lebih bermakna. Sekurangnya buku dan panduan yang dibeli ini boleh digunakan untuk menjana kembali wang, pasti berbaloi.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.. Bulan Ramadhan dah pun bermula pasti ramai yang
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Sebelum ini saya ada menulis tentang kesan rokok
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua... Pertamanya, saya ingin meminta maaf jika entri ini, Kawasan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Rokok elektronik memang menjadi satu fenomena sekarang ini.
(Visited 33 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

26 thoughts on “Berhenti Merokok Di Bulan Ramadhan”

  1. Entah la kadang-kadang heran gak..masa puasa elok jer tak leh hisap rokok..bila malam tiba kenapa jadi menggelabah tak tentu pasal..haha…lepas teguk air, isap rokok lu..mcm2..susah nak berhenti merokok kalau tak ada azam dan semangat yang kuat..
    Hafizul recently posted..Review Blog Juara Jun 2013My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge