Beri Duit Raya Untuk Bersedekah Atau Menunjuk

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Hari Raya bakal menjelma tidak sampai lagi 10 hari, saya dengan bank pun sudah buka untuk pertukaran duit raya. Kawan-kawan pejabat pun sibuk berbicara tentang duit raya. Berapa peruntukan duit raya untuk tahun ini? Berapa peruntukan duit raya suadara untuk tahun ini?

Saya melihat tradisi ini semakin menjadi satu kemestian, saya pun tidak tahu dari mana asal ‘beri duit raya’ ini sendiri. Sebab apa yang saya tahu adalah amalan bersedekah untuk berkongsi di musim perayaan.

Beri duit raya - Guna duit siling ok tak?
Beri duit raya – Guna duit siling ok tak?

Kadang-kala sedih juga apabila ada kawan-kawan yang datang bercerita yang duit gaji mereka habis buat berlanja hari raya. Antara peruntukkan tertinggi adalah peruntukan duit raya sebab nak bagi sentanding dengan adik beradik dan ipar duai. Apa yang lagi sedih adalah apabila terpaksa buat hutang untuk musim perayaan ini, hutang yang ada pun tidak terbayar satu bulan sebab hari raya.

Bagi saya, sebaiknya selesaikan semua hutang dahulu baru fikirkan untuk persiapan hari raya. Persiapan ala kadar cukup, tidak perlu terlalu terikut ikut dengan orang lain. Kita ber ‘hari raya’ untuk gembira dan ceria bersama sanak saudara bukan untuk LEMAS dalam hutang.

Beri Duit Raya Untuk Bersedekah Atau Menunjuk??

Biar orang kata kita berkira, kedekut dan sebagainya janji kita tidak lemas dalam hutang. Ingat beri duit raya untuk bersedekah bukan untuk menunjuk-nunjuk. Jadi kalau ada duit lebih mari kita bersedekah kepada orang yang lebih memerlukan. Kalau kita tidak mampu, pandai-pandailah, bersedekah bukan paksaan.

Kalau saya, saya akan rancang untuk beri duit raya terlebih dahulu sebab saya adalah orang yang makan gaji bukan duit turun dari langit. Jadi cara saya gunakan adalah:

  1. Hadkan peruntukkan duit raya. Kalau saya tetapkan RM100, maka RM 100 lah saya akan agihkan. Untuk tentukan peruntukkan hari raya ini, tentukan sekali berapa hari akan kita lalui selepas hari raya sebelum gaji seterusnya.
  2. Berikan mengikut keutamaan. Keutamaan saya mestilah ibu, bapa, mak mertua, nenek dan anak-anak buah. Peruntukkan yang ada akan saya agihkan mengikut keutamaan dan portion masing-masing.
  3. Bahagikan seadil-adilnya. Saya akan bahagikan sama rata untuk setiap peruntukan mengikut keutamaan. Sebagai contoh ibu, bapa, mak mertua dan nenek akan dapat sama banyak kalau sorang dapat RM 10 semua dapat sepuluh. Dan untuk anak buah juga akan dapat sama banyak kalau seorang dapat RM 1 semua dapat RM 1. Jadi tiadalah yang berbunyi “Dia dapat banyak”.
  4. Pekakkan telinga. Ini yang paling penting, selepas dah berikan duit raya seikhlas hati pekakkan lah telinga tu. Sebab budak-budak kecil ayat mereka pun boleh tahan juga pedanya. Ayat yang biasa kita dengar ‘Rumah punya besar bagi 50 sen je’.

Itu adalah cara saya gunakan semasa nak beri duit raya. Dan sekarang ini masih ada 10 hari lagi sebelum 1 Syawal, jadi masih ada ruang untuk tambahkan duit raya. Sambil melayari internet saya buat sikit sikit duit raya.

Jangan jadikan musim perayaan sebagai satu bebanan tapi jadikan ia sebagai ruang meraikan kejayaan dan bertemu sahabat handai.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua... Buat duit dari rumah dengan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Seorang sahabat telah mengajak saya untuk menyertai satu
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua saudaraku... Terdapat 3 Golongan orang kaya iaitu: 1. Mengorbankan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Pengalaman adalah satu pembelajaran yang paling berguna dalam
(Visited 41 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

9 thoughts on “Beri Duit Raya Untuk Bersedekah Atau Menunjuk”

  1. Terima kasi bro..yup saya memang tak mampu nak berikan banyak wang raya..sekadar termampu di pagi raya..siapa yang dapat, untung lah..siapa yang tak dapat dari saya, tu kira tak bernasib baik lah..kalau gaji ribu riban saya tak ambik kisah mana pun..emm
    Hafizul recently posted..Aku Yang Bernama HafizulMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.