Dari Jurutera Kepada Usahawan

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Petang semalam sempat duduk minum bersama seorang sahabat lama. Ya sahabat lama yang saya kenali sejak zaman sekolah menengah belajar satu sekolah, sehingga ke zaman universiti pun satu kelas. Kini, masing-masing sudah mempunyai keluarga dan anak, kami masih lagi berhubung bertanyakan khabar berita.

Kejayaan
Kejayaan

Rupanya kawan saya kini sudah mula mengorak langkah dari jurutera kepada usahawan. Jika dulu makan gaji kini mula berniaga sendiri. Saya memang tahu yang beliau ada membuat beberapa perniagaan sebelum ini dan kini beliau mula beralih kepada perniagaan francais. Selangkah demi selangkah beliau mengorak. Tahniah sahabat.

Dalam bercerita rupanya telah ramai kawan saya yang telah mengorak langkah dari jurutera kepada usahawan. Ada yang telah memulakan syarikat kontraktor kecil-kecilan dan ada juga yang mula berniaga aksesori motosikal. Masing-masing makin maju. Makin berjaya.

Saya cukup cemburu apabila mendengarnya. Saya masih belum mampu untuk mengorak langkah besar seperti mereka, tapi In-sha-allah satu hari nanti. Saya juga ingin menjadi usahawan. Kerana itu impian saya sejak sekian lama, sekarang ini masih lagi mengumpul modal dan ilmu sebelum terjun ke dunia usahawan yang penuh mencabar.

Dalam dunia blog juga saya lihat makin ramai sahabat maya saya yang semakin berjaya dari hari ke hari samada online atau offline. Kalian semua sungguh hebat tahniah.

Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Jika ada impian usahakanlah ia hingga dicapai.

Pada yang berminat untuk jana wang tambahan boleh mulakan dengan jobdirumah.

Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Melihat dari sudut pandang yang berbeza adalah amat
Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Budak Kampung Yang 'Bodoh'... 'Bodo mung' dah lali
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Apakah matlamat tukar kerja?
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara yang ke 57. Alhamdulillah
(Visited 49 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

16 thoughts on “Dari Jurutera Kepada Usahawan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.