Dengki Punca Tikam Belakang

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Tikam Belakang dimana Saja
Tikam Belakang dimana Saja

Dalam dunia hari ini, situasi tikam belakang boleh dikatakan satu perkara yang biasa. Dalam sedar atau tidak situasi tikam belakang ini terjadi di sekeliling kita. Semua ini terjadi hanya kerana perasaan hasad dengki, tidak senang melihat orang lain lebih dari diri mereka.

Saya sering tertanya apakah orang yang tikam belakang ini mahukan? Apakah mereka bangga jika berjaya menjahanamkan periuk nasi orang lain? Hebatkah orang begini?

Saya kadang kala kesian dengan orang yang begini yang terpaksa menggunakan taktik kotor untuk mencapai matlamat mereka. Sanggup menabur fitnah, mereka cerita serta menghasut untuk menghancurkan orang lain. Walhal, mereka bukan tidak tahu bahawa apa yang mereka usahakan secara begini tidak kekal lama.

Hasad dengki bukan memberi kesan baik dalam diri kita pun sebenarnya. Sebab itulah hasad dengki tersenarai dalam sifat keji. Sifat yang patut dielak dan ditangani, jangan biarkan hasad dengki menguasai diri.

Perasaan dengki hanya akan menghumban diri kita kedalam keresahan dan kegelisahan, bukan memberikan ketenangan. Yang akhirnya akan menjerumuskan kita ke lembah lebih hina.

Sebenarnya, apa yang saya tulis ini bukan ingin tunjuk pandai adalah sekadar peringatan buat diri saya dan pembaca sekalian. Jika kita mempunyai impian, berusahalah dengan kudrat dan akal kita, tapi bukan dengan tikam belakang. Berusaha membuktikan kita adalah yang terbaik dan mampu buat yang terbaik.

Gunakan perasaan hasad dengki dalam diri kita menjadi satu aura positif bukanya aura negatif. Jadikan perasaan dengki kita pada kejayaan orang lain sebagai satu perangsang dan pemangkin untuk kita juga berjaya dengan cara yang terpuji, bukan dengan tikam belakang. Gunakan perasaan dengki untuk memperbaiki diri kita keaarah yang lebih baik.

Ingat kebenaran pasti akan terserlah cuma cepat atau lambat sahaja.

Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Melihat dari sudut pandang yang berbeza adalah amat
Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Budak Kampung Yang 'Bodoh'... 'Bodo mung' dah lali
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Apakah matlamat tukar kerja?
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara yang ke 57. Alhamdulillah
(Visited 18 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

6 thoughts on “Dengki Punca Tikam Belakang”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge