Hina Agama : Sekali Lagi Umat Islam Malaysia Dicabar

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Semalam kita dikejutkan satu lagi post yang hina agama, yang bagi saya lagi mencabar kesabaran diri saya sendiri sebagai Umat Islam dan orang Melayu. Lagi menghina berbanding tindakan dua orang yang sebelum ini malas saya nak sebutkan di sini.

Hina agama - sumber xlupa.net

Hina agama – sumber xlupa.net

Post hina agama kali ini memaparkan seorang lelaki bersama 3 ekor anjing berlatarkan sebuah kampung dan menggunakan takbir Raya sebagai muzik latar. Dalam video ini juga menggambarkan lelaki ini seperti mengambil wudhuk untuk dia dan anjing nya. Di bahagian akhir video ini ada menyatakan Selamat Hari Raya Aidilfitri bagi manusia dan haiwan (anjing), tidak kira warna dan asal usul.

Video ini memang satu penghinaan yang amat melampau bagi saya. Menyentuh sentiviti umat Islam bukan saja di Malaysia malahan seluruh dunia.

Saya cadangkan mungkin telah tiba masanya untuk mewujudkan satu undang-undang dan tindakan sewajarnya bagi pelampau-pelampau hina agama ini. Sesiapa saja yang menghina agama lain wajar dikenakan tindakan sewajarnya. Jangan biarkan hina agama ini menjadi satu virus berjangkit yang akan memecahbelahkan perpaduan yang ada dikalangan kita rakyat Malaysia selama ini. Pada pihak yang berwajib harapnya dapat ambil tindakan segera yang sewajarnya bagi membendung virus hina agama ini.

Semua agama wajar dihormati bukan untuk dihina sesuka hati. Tidak kira agama apa yang kita anuti kita tetap menghormati agama lain bukan buat kenyataan sesuka hati.

Ps: Video ini saya tidak mahu kongsikan kerana saya tidak mahu meyebarkan penghinaan agama Islam kepada orang lain.

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Sekarang ini masih ramai yang menilai dari warna
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku....... Semangat kekitaan yang hilang? Betul ke semangat kekitaan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Di internet saya lihat ramai yang sedang melancarkan
(Visited 60 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  1. Berita mengatakan 2 peratus dari rakyat Malaysia adalah mereka yang sakit mental. Tak sangka mula bulan puasa dan nak hari raya, ramai yang menjadi sakit mental. Semakin kita layan mereka ni, semakin mereka suka. Ambil je tindakan. Lagi satu mereka ni suka tengok rakyat Malaysia bergaduh dan berpecah belah.
    waiman takwa recently posted..Mengapa Entri Saya Tiada Dalam Google Search?My Profile