Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…
Setiap kali tiba satu Ramadhan mercun pun akan turut berbunyi. Bunyi sahaja Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berkata ‘1 RAMADHAN adalah besamaan……’ pasti akan dituruti oleh dum dam dum dam bunyi mercun sana sini. Mungkin mereka ini sudah ada stock mercum yang da siap untuk di cucuh saban tahun.
Oleh itu saya sebagai pemain mercun tegar dan juga mangsa mercun ketupat pada suatu masa dahulu yang menghancurkan dua jari saya, dengan ini mengajak untuk main mercun.
Jom main mercun, sebab rugi kita tak main mercun sebab duit emak ayah tidak luak nanti. Sekurangnya kita akan menjana ekonomi negara dengan main mercun. Setiap kali kita bakar satu mercun untuk dengar satu bunyi “dum” adalah bernilai 50sen sahaja. Kalau 100 kali bunyi “dum” kita cucuh sudah sama nilai RM 50. Dengan ini juga menunjukkan kita kaya sebab duit tidak tahu nak letak mana jadi kita bakar. Kalau kat Gaza mereka pun hari hari main dum dam dum dam, kalau nak real boleh cuba pergi ke sana.
Jom main mercun, mana tau dengan main mercun sekurangnya dapat juga kita cuti rehat seminggu atau sebulan atau lagi lama. Sebab jari sudah kudung, mata sudah buta. Doktor memang dengan baik hati bagi rehat di wad dengan siap pakej penuh katil dan makan nasi hospital. Nak keluar baru bayar.
Jom main mercun, mana tau nanti ada rumah terbakar sebab mercun kita. Nanti leh cerita pada anak cucu yang kita pernah sebabkan rumah terbakar dek kerana mercun.
Apa tunggu lagi, jom kita main mercun. Untung sabut timbul untung batu tenggelam mana tau kalau kita jadi salah satu angka statistik mangsa mercun.
Jangan kita lalai walau sesaat. Jangan galakkan dan biarkan anak kita bermain mercun. Jangan dan jangan. Jangan kerana keseronokan sementara kita merana selamanya. Fikirkan lah.
Pesanan ikhlas dari mangsa mercun ketupat.
jom main mercun pop pop.. hahaha
boni ultra kacak recently posted..Nestle Drumstick Terbaru Perisa EKSTREM CHOC Memang Nikmat
Layan juga tu tapi jangan baling kat badan tau. Janji. hahahha
Jom main mercun…bolih merasa putus jari..
BUNDA recently posted..Sembang Ramadhan…
Ala bunda, izinkanlah anak mu ini bermain mercun. Janji main mercun x pegang guna tangan tapi guna kaki je…hehehhe
err..kat mana nak beli mercun tu bang?? haha
titan recently posted..Jobdirumah Payment – Kali ke 43 dan 44
nak berapa kontena? Ape jenis mau nanti kawan supply….hahahah
sedihkan kalau hilang jari….
hafiz recently posted..Misi menjahit baju raya
memang sedih sangat. kesian pada mangsa.
hehe..ingtkan suruh main betul2 tadi..haha..bab cuti sakit tu memang tak tahan tu..kena kudung tgn agak2 boleh claim tak?hehe
Hafizul recently posted..Review Blog Juara Jun 2013
tak pasti pula. Rasanya insurans tak cover sebab main mercun. heheheh
apa barang ajak main mercun je. jom main meriam kabat, lagi best. pastu lagi best bila kena lari aci ligan ngan pak polis memalam. hehehehhehehehe
nazra recently posted..GLA; asid lemak untuk kesihatan tubuh badan
tu pun layan juga tu. pastu bersepah lari…hahhah
jom main meriam buluh, tak pun meriam tanah ke….heeee
Denaihati recently posted..Mari belajar buat blog dengan WordPress
cam berpengalaman je tuan? hahahhaa
main perang dgn mercun das best juga boh..
redza recently posted..Remaja perempuan putus dua dibaham jerung