Syukur Alhamdulillah Satu Nikmat Di Bulan Ramadhan – Kepuasan Timba Ilmu

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Syukur alhamdulillah rezeki di bulan Ramadhan, betul kata orang bulan Ramadhan penuh dengan seribu satu rahmat dan nikmat.

Tuntut Ilmu Jangan Pernah Jemu
Tuntut Ilmu Jangan Pernah Jemu

Setelah hampir 4 bulan memerah otak dan menggadaikan hari Minggu bersama keluarga untuk menimba ilmu. Perit juga terpaksa korbankan hujung minggu ini rupanya. Almaklumlah hujung minggu lah masa untuk bersama keluarga tapi terpaksa berada di kelas. Kekadang rasa macam kerja 7 hari seminggu kerana kelas saya adalah 9-5 di hujung minggu.

Jom timba ilmu SEO dengan Kita SEO Merah Jambu
 Jom timba ilmu buat Putu dengan Rahsia Putu
Jom timba ilmu selok belok Pelaburan Saham

 

Kesian juga melihat isteri yang terpaksa menjaga anak sendirian di hujung minggu selama 4 bulan. Tampak muka isteri yang kepenatan melayan kerenah si kecil.

Si kecil pula asyik mahu berjalan dan bermanja saja setiap.kali hujung minggu. Kekadang sedih melihat si kecil merengek “aman…. aman….. aman”, minta kami membawanya berjalan ke taman setiap hujung minggu.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi apabila melihat keputusan peperiksaan semester pertama ini. Syukur sangat. Saya masih boleh meneruskan pengajian ke semester 2.

Dua Insan Teristimewa dalam hidupku yang sentiasa menyokong daku
Dua Insan Teristimewa dalam hidupku yang sentiasa menyokong daku

Semua ini bukan usaha saya sorang, tapi berkat doa dan pengorbanan isteri dan keluarga saya juga. Terima kasih isteriku dan keluarga.

Insyallah saya akan terus menuntut ilmu demi membela dan mengubah nasib keluarga dan bangsa.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Hujung minggu seperti biasa, rutin harian saya akan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Saya bodoh? Ya, saya bodoh sebab itu pada
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Belajar Sambilan perlu bijak
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Keputusan UPSR Tahniah pada semua adik-adik yang telah
(Visited 46 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

14 thoughts on “Syukur Alhamdulillah Satu Nikmat Di Bulan Ramadhan – Kepuasan Timba Ilmu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge