Mencari Putu Bambu

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku..

Bulan Ramadhan dah pun bermula pasti ramai yang akan terjah bazar Ramadhan dan bazar baju raya. Malah mungkin dah ada yang dah siap semua baju raya untuk anak-anak ini lagi bagus, perancangan awal katakan.

Mencari Putu Bambu
Mencari Putu Bambu

Setakat hari pertama Ramadhan, tapak bazar Ramadhan Jalan TAR, Kuala Lumpur masih tiada sengatnya. Mungkin seperti tahun tahun lepas selepas seminggu baru tapak Bazar Ramadhan ini berbisa dan menyengat. Selain peniaga yang ramai dan pembeli yang menyerbu. Memang meriah.

Saya tiada apa yang terfikir sekarang ini, alhamdulillah bulan Ramadhan ini membantu saya lebih fokus untuk bekerja. Cuma sekarang ini kepala otak sudah mula berfikir untuk mencari putu bambu untuk berbuka puasa. Telan air liur sekejap. Dimana kedai menjual putu bambu yang best sekitar Kuala Lumpur?

Pakej Lengkap Putu Bambu

Saya bukan penggemar tegar putu bambu. Tapi sesekali mencari putu bambu memang layan, kalau 5 ketul tu selamba saja saya telan. Kalau dulu, tempat saya susah nak cari putu bambu hanya putu piring yang dijual. Jadi putu piring lah pilihan kami, memang layan juga sesekali kena putu piring panas-panas.

Rahsia Putu Bambu

Kalau ada yang berminat nak berniaga putu bambu tapi tidak tahu caranya bolehlah dapatkan pakej lengkap rahsia putu, pasti anda gembira. Dalam pakej ini anda akan didedahkan dengan panduan lengkap untuk membuat putu dari peralatan untuk membuat putu, cara membuat putu dan panduan mengira kos untung rugi berniaga putu. Hebat bukan?

Oklah cukup setakat ini, misi utama petang nanti adalah mencari putu bambu. Selamat berpuasa semua.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Bulan Ramadahan adalah satu bulan rahmat, bulan Ramadhan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Sedih dan kecewa dengan kekalahan pasukan Harimau Malaya
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua saudaraku... Tahniah, Tahniah, Tahniah. Tahniah buat pasukan Harimau Malaya.
Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Sekarang ini masih ramai yang menilai dari warna
(Visited 56 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

30 thoughts on “Mencari Putu Bambu”

  1. ade tak sesiapa nk cari duit raya kt cni yg pndai buat putu bamboo..nk bg side income skit..peralatan..brgan sume disediakan..cuma dtg tlng wat putu bmbu je..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge