Ramadhan mendekat

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Ramadhan mendekat, kurang dari 24jam kita akan mula menyambut Ramadhan. Insyallah esok malam akan bermulanya solat sunat terawikh.

Kalau dulu zaman kanak kanak saya malam pertama Ramadhan adalah umpama malam kemerdekaan bagi saya. Ya merdeka kerana di bulan Ramadhan, abah bagi kami greenlight untuk keluar rumah sampai pukuk 11 malam. Alasan biasa solat Terawikh di Masjid habis lambat. Pada hal sembayang solat Isyak dan 8 rakaat Terawikh, lagi sejam lebih adalah meronda kampung dan makan colek kerang dan buah. Itu memang kegemaran setiap kali Ramadhan.

Itu kenakalan saya zaman kanak kanak. Tapi saya tahu abah tahu saya menipu dia. Sekali abah tenung mata anak anak nya pasti dia tahu hitam atau putih. Ma abah memang cukup mengenali anak mereka. Rasanya semua ibu bapa begitu?

Sekarang ini saya pula yang jadi papa kepada Afif. Kini masanya saya pula untuk mendidik anak saya, untuk mengenal dunia sementara dan memahami akhirat yang kekal selamanya. Ini adalah tahun kedua Afif melalui bulan Ramadhan dalam hidupnya. Semoga Afif membesar menjadi anak yang soleh.

Dalam Ramadhan nendekat saya memasang azan agar Ramadhan kali ini menjadi satu Ramadhan yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Dan harapnya dengan kehadiran Ramadhan saya dapat terus mencari inspirasi untuk berkongsi dan terus bersemangat untuk berjuang.

PS: Harapnya bermula dengan Ramadhan kali ini saya dapat kekalkan semangat saya untuk turunkan berat badan dari one pax kepada six pax.

Assalamualaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Seperti yang kita ketahui banyak sekarang ini produk
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Bila tiba hari raya pasti jejaka-jejaka idaman Malaya
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Migrain adalah sejenia sakit kepala yang amat menyakitkan.
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan masih dianggap satu pekara
(Visited 8 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge