Review Blog Denaihati

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Blog denaihati.com satu blog yang tidak asing lagi bagi saya dan ramai blogger diluar sana. Memang blogger yang cukup terkenal di kalangan blogger Malaysia dan Indonesia. Dengan trademark ‘Hidup Untuk Memberi’ yang terkenal dari dulu, kini dan mungkin selamanya. Trademark yang memang sudah tidak asing lagi dalam dunia blog, dan ianya bukan sekadar trademark tapi itulah yang blogger ini lakukan.

Kali ini blogger denaihati memberi peluang untuk blogger yang berminat untuk mereview blog denaihati.com. Dan ini adalah review blog Denaihati dari saya blogger amatur.

Alexa Blog Denaihati
Alexa Blog Denaihati

Blog denaihati yang memiliki Pagerank 4 di Google Pagerank dan No 223 di Malaysia 26,445 bagi seluruh dunia bagi Alexa Rank. Dari angka yang dilihat kita dapat perhatikan betapa besarnya pengaruh blogger hebat dari Johor ini.

Blog denaihati penuh dengan blog post yang amat menarik dan berinfomasi. Kalau sesiapa yang pernah membaca atau mengunjungi blog beliau pasti tidak asing lagi dengan Kembara Musafir yang terbaru adalah Kembara Musafir New Zealand.

Selain dari blog post, denahati juga ada menganjurkan beberapa aktiviti yang best seperti sembang hartanah, seminar wordpress, sepetang bersama blogger dan buat duit dengan blog. Bagi saya semua acara ini adalah acara hebat walaupun saya tidak sertai. Bukan tidak mahu sertai tapi kerana terdapat komitment pada tugasan hakiki offline saya. Kalau berpeluang dan ada rezeki memang saya ingin sertai untuk menambah ilmu.

Seperti dalam entri First Impression Penting Untuk Blogger dari penulis jemputan yang juga top blogger Ariffshah, blog denaihati telah melakukan satu evolusi. Paparan blog denaihati telah bertukar, seiring dengan kemajuan blognya theme baru blog denaihati memang menarik dan memudahkan.

Header Blog Denaihati
Header Blog Denaihati

Gambar di atas adalah gambar dari header blog denaihati tagline ‘Hidup untuk Memberi’ masih kekal. Di sebelah kiri header blog terdapat icon icon yang link ke laman sosial milik pemilik blog Denaihati.

Susun atur blog post juga amat menarik dengna paparan ikon yang besar dan jelas sekali. Tulisan dan font juga amat jelas, memang senang dibaca kerana tulisan nya memang besar. Salain dari kombinasi warna backgound putih dan tulisan hitam yang simple tapi tidak menyakitkan mata. Senang nak baca tak perlu kanta pembesar.

Latest Post Denaihati
Latest Post Denaihati

Untuk mencari entri terkini pembaca tidak perlu terkial-kial, dibahagian bawah blog denaihati terdapat susunan entri terkini mengikut katagori yang kemas disusun.

Footer Denaihati
Footer Denaihati

Bahagian footer masih dikekalkan seperti yang lama dengan senarai ikon jenama yang bersama Denaihati.

Rasanya itu saja review saya untuk blog Denaihati. Harapnya Denaihati akan terus maju dan maju.

 

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Haiqal Jadi Hulk Setiap
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Sedih dan kecewa dengan kekalahan pasukan Harimau Malaya
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua saudaraku... Tahniah, Tahniah, Tahniah. Tahniah buat pasukan Harimau Malaya.
Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Sekarang ini masih ramai yang menilai dari warna
(Visited 40 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

11 thoughts on “Review Blog Denaihati”

    1. Tak rajin sebenarnya memang malas yang amat. Tapi kena usaha juga bab kata lu dalam entri baru orang pemalas pun leh berjaya…hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge