Rezeki Mudah Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku..

Tidak lama lagi bulan Ramadhan akan menjelma lagi, bulan yang membawa keberkatan, rahmat dan rezeki. Bulan puasa perut kita akan bercuti seketika sepanjang kita berpuasa. Aktiviti sihat yang lagi menyihatkan.

Bulan puasa juga adalah bulan menjemput rezeki, ramai yang berniaga baik di bazar ramadhan menjual makanan juadah berbuka atau pun kelengkapan beraya. Memang pada yang minat berniaga saat inilah untuk menjemput rezeki tambahan. Tapi dalam nak mengaut keuntungan biarlah berpada pada, berniagalah dengan ikhlas.

Semalam selepas  lawatan tapak sempat juga makan di gerai berdekatan downtown Cheras. Dalam bersembang-sembang ada adik kepada seorang kawan telefon menyatakan ada tapak bazar Ramadhan di Jalan TAR untuk di jual dengan harga RM20,000 sebulan.

Dengar saja harga RM20,000 saya hanya mampu telan air liur. Mudah mereka ingin mengaut keuntungan di bulan Ramadhan tapak yang di ambil dari dewan bandaraya di jual dengan harga yang begitu tinggi. Hanya dengan jadi broker tapak bazar ramadhan. Setahu saya sewa tapak sebenar hanya lah seribu saja. Inilah cara mereka mencari rezeki mudah di bulan Ramadhan. Mengaut untung atas kesempitan orang lain.

Untuk mendapat pulangan modal sewa tapak RM20,000 peniaga perlu sekurangnya mendapat untung bersih RM2,000 sehari. Memang benar saya pernah mendengar ada orang berniaga bazar Ramadhan mengaut untung RM100,000 sebulan berniaga.

Tapi soalnya sekarang orang yang benar benar mahu berniaga tidak mendapat tapak. Tapi yang tidak mahu berniaga hanya mahu berniaga tapak dapat dua tiga tapak. Yang mahu berniaga terpaksa beli tapak dari pihak ketiga. Walaupun mahal mereka terpaksa juga kerana itu saja jalan yang ada.

Saya bukan ingin mempertikai tapi kenapa orang kita suka mengaut untung mudah di bulan Ramadhan cemari bulan yang berkat untuk wang rezeki mudah sebegini.

Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi buat Saudaraku Sekalian.... Daddydee ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan buat semua
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku.... Contest SEO kembali lagi kali ini adalah Contest
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku.... Langkah pertama adalah suatu yang sukar untuk kita
(Visited 20 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

15 thoughts on “Rezeki Mudah Di Bulan Ramadhan”

  1. Salam, singgah sini pula hiiih. Erm yela nampak sangat nak mengambil kesempatan, kasihan kat orang yang hendak disewakan tu, kalaula pendapatan seharian tak sampai 2 ribu, mana pula nak di cekau duit bayar sewa bulanan nanti. Mudahnya mereka nak kaut untung. Tak baik la kan nak2 dibulan Ramadhan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge