Telatah Anak Kecil Bershopping

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Awal Ramadhan lalu saya dan isteri mambawa si kecil kami ke Pavillion untuk membeli baju raya buat si kecil saya. Saya tau memang banyak sungguh telatah anak kecil ni dan anak saya pun begitu. Tapi telatah inilah yang mengeratkan kasih sayang kami sekeluarga dan mengeratkan cinta kami suami isteri.

Kalau biasanya telatah si kecil saya adalah tak suka di dukung setiap kali berjalan di shopping mall. Dia akan meligat dalam mall sesuka hati dia saja. Kami suami isteri terpaksalah mengejarnya. Kalau tidak suara rock nyaring si kecil kami akan bergema seluruh mall.

Eratkan Hubungan Suami Isteri
Telatah Anak Kecil Bershopping
Telatah Anak Kecil Bershopping

Tapi kali ini lain pula ragamnya. Selepas selesai membeli baju si kecil. Kami berjalan seketika dalam Pavillion. Tapi dia tak nak berjalan selagi tidak diberi beg pakaian nya dan menjerit di situ. Dan bila di beri ditariknya beg itu dalam Pavillion.

Telatah comel si kecil saya ini menarik perhatian ramai terutama awek comel yang berkunjung dan awek comel promoter.

Telatah anak kecil bershopping - Beg ditariknya
Telatah anak kecil bershopping – Beg ditariknya

Inilah telatah anak saya yang sentiasa membuatkan saya dan isteri tersenyum melihatnya. Melihat anak membesar satu kepuasan bagi saya. Hanya yang terbaik kami mahukan buat anak kecil ini. Si kecil yang menjadi tanda cinta kami dan pengerat cinta kami. Sungguh agung anugerah – Mu ini Ya Allah.

Untuk menjadi seorang yang cemerlang, seseorang itu perlu meletakkan harga diri yang tinggi. Dalam hidup
Biasa sudah kita dengar akan penyakit kemurungan, tapi tahukah kita betapa bahayanya penyakit kemurungan ni?
Sebelum ini banyak saya melakukan pembelian atas talian baik dari dalam Malaysia dan juga luar
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia
Bulan puasa ramai yang cakap tiada masa untuk bersenam. Lagipun mereka katakan badan lemau dan
(Visited 44 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

19 thoughts on “Telatah Anak Kecil Bershopping”

  1. Alhamdulillah kerana mampu tersenyum dan melihat semua itu secara positif. Kadangkala tengok ibu bapa jadi histeria dan belasah anak-anak yang buat ketika bershopping, kesian!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.