Tips Kecemasan : Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Terperangkap Dalam Lif

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua…

Minggu lalu kita dikejutkan oleh kejadian seorang kanak-kanak lelaki menjadi mangsa akibat terperangkap dalam lif. Ini bukan lah kes pertama di negara ini, malah sudah ada beberapa kali kes terperangkap dalam lif berlaku sama ada di rumah, pejabat atau shopping komplek. Semua telah ada rekod sama ada kita sedar atau tidak.

Lif yang cantik
Lif yang cantik

Hari ini saya ingin kongsikan sedikit tips yang saya tahu dan baca, tentang apa yang perlu kita lakukan jika terperangkap dalam lif.

Jana wang elalui blog
    • Bertenang – Bertenang dan jangan panik. Ini adalah tips yang paling utama dan paling penting. Dengan bertenang atau panik barulah kita dapat berfikir secara waras apa yang patut kita lakukan,
    • Interkom – Jika lif anda mempunyai interkom (butang ikon gangang) tekan butang tersebut dan laporkan kepada pusat kawalan. Biasanya lif yang mempunyai pusar kawalan mempunyai butang ini bagi PPR biasanya tiada butang ini.
    • Loceng – Tekan loceng sekerap yang mungkin untuk memaklumkan kepada orang diluar bahawa anda telah terperangkap. Tekan butang loceng ini sekerap yang mungkin supaya ada yang perasan ada mangsa di dalam lif.
    • Telefon atau SMS – Dalam lif biasanya tiada litupan talian telefon tapi tak salah untuk anda mencuba. Cuba mencari titik yang mempunyai litupan telefon, cuba cari di genap ruang lif. Kadang-kala ada titik yang mempunyai sedikit litupan talian telefon yang akan membenarkan anda untuk berkomunikasi dengan orang di luar.
    • Duduk – Kalau boleh duduk di atas lantai lif, jangan berdiri sebaiknya. Ini adalah bagi mengurangkapkan impak atau kesan kepada anda.mangsa jika lif itu jatuh bebas. Ini juga dapat membantu anda untuk survive dalam keadaan oksigen yang terhad.
Jika teperangkap dalam lif
Jika teperangkap dalam lif
Belajar Cpanel dan WordPress

Itu adalah sedikit tips yang dapat saya kongsikan kalau anda terperangkap dalam lif. Jika tuan-tuan dan puan-puan pembaca sekalian ada tips lain lagi boleh kita kongsikan bersama tips yang berguna jika terperangkap dalam lif.

Malang tidak berbau, sedia sebelum ia datang.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Dalam entri sebelum ini, Wordless Wednesday : Safety First kalau
(Visited 72 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

3 thoughts on “Tips Kecemasan : Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Terperangkap Dalam Lif”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge