Perancangan Kewangan : Tetapkan Matlamat Kewangan

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Hidup ini mesti ada matlamat, sama juga dalam pengurusan kewangan kita juga perlu tetapkan matlamat kewangan. Tetapkan matlamat kewangan diletakkan sebagai tips utama dalam perancangan kewangan kerana dalam apa-apa hal yang kita lakukan kita perlu ada matlamat dan tujuan, sama juga dalam perancangan kewangan.

Tetapkan matlamat kewangan
Tetapkan matlamat kewangan

Tetapkan satu matlamat yang jelas yang ingin kita capai. Sebagai contoh dalam 5 tahun lagi saya ingin memiliki sebuah rumah banglo 2 tingkat. Matlamat kita adalah mengumpul dana untuk memiliki banglo 2 tingkat. Jadi kita akan bekerja keras dan berusaha untuk mencapainya.

Ada juga yang bermatlamat untuk bebas dari segala hutang yang ada. Mungkin hari ini mereka dibelengu masalah hutang seperti hutang peribadi atau kad kredit. Jadi matlamatnya adalah untuk bebas dari masalah hutang dan kewangan.

Sebolehnya tetapkan satu matlamat yang bersifat peribadi yang akan memberi kesan yang mendalam dalam diri kita yang memberi kita satu kepuasan. Dengan cara ini dapat membantu kita untuk lebih fokus dan mencapai apa yang kita impikan.

Disiplin menyimpan dan menabung merupakan satu perkara yang sukar sebenarnya terutama bagi orang seperti saya, itulah sebabnya kita perlu tetapkan matlamat yang jelas. Bila sudah ada matlamat baru kita boleh merangka stategi seterusnya.

PS: Kita perlu berusaha untuk membebaskan diri kita dari masalah kewangan serta yang berminat untuk tahu berkenaan unit trust boleh hubungi saya daddydee at gmail dot com

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Ramai yang masih meangangap Pelaburan dan Simpanan adalah
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Menjadi 'weekend husband' sememangnya banyak masa lapang di
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Kirakan setiap sen yang
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.... Apabila menyebut unit amanah atau unit trust ramai
(Visited 47 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

8 thoughts on “Perancangan Kewangan : Tetapkan Matlamat Kewangan”

  1. Salam.. Saya pernah terbaca, sekiranya perbelanjaan kita sedikit berbanding simpanan maka kita adalah orang kaya. Sekiranya perbelanjaan kita lebih banyak berbanding simpanan maka kita adalah orang miskin. Dari situ saya bina azam dalam diri saya untuk tambahkan simpanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge