Usia Untuk Berjaya

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua…

Bilakah usia yang sesuai untuk berjaya? Adakah 20-an, 30-an, 40-an dan 50-an?

Melihat dunia hari ini yang dipenuhi dengan orang yang berjaya kadang kala membuatkan saya sendiri rasa cemburu. Pada usia yang sama dengan saya sudah ada yang menjawat jawatan pengurus besar dan memiliki perniagaan sendiri membuatkan saya cemburu. Itu adalah kejayaan mereka.

Istilah kejayaaan adalah satu istilah yang besar dan terlalu abstrak. Kejayaan bagi setiap individu itu mungkin membawa makna yang berbeza kerana setiap individu mempunyai matlamat yang berbeza.

Usia untuk berjaya
Usia untuk berjaya

Bagi pelajar universiti mungkin menerima anugerah dekan adalah satu kejayaan bagi mereka. Bagi peniaga mungkin mencapai jumlah jualan RM100k adalah satu kejayaan bagi mereka. Bagi seorang jurutera binaan pula mungkin berjaya menyiapkan satu projek dalam jangka masa yang ditetapkan dan mencapai kualiti yang diharapkan satu kejayaan bagi mereka. Apa pula kejayaan anda?

Kejayaan berbeza mengikut matlamat masing masing. Tiada sekatan usia untuk berjaya sebenarnya. Apa yang penting kita mesti sentiasa ubah skala kejayaan kita. Supaya kita tidak berada di zon selesa selamanya. Jangan mudah puas dengan hanya satu kejayaaan. Tapi sentiasa berusaha untuk lebih dan lebih berjaya.

Sekarang ini sudah ramai jutawan muda yang kita boleh jadikan contoh pembakar semangat seperti Mark Zuckerberg dengan Facbook nya, En Titan dengan SEO Merah Jambunya, Gobala Krisnan dengan Jom Niaga nya dan banyak lagi kejayaan-kejayaan yang boleh kita jadikan pembakar semangat. Ingat golongan istimewa pun boleh berjaya apatah lagi kita?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Apa yang saya belajar tentang buat duit dengan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Saya mahu jadi jutawan, ya saya menyimpan cita-cita
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Syukur Alhamdulillah, kita sudah hampir ke penghujung bulan
(Visited 28 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge