Bertimbang Rasa Ketika Memandu Di Musim Perayaan Ini

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Pemandu Bertimbang Rasa - Nak race jom masuk litar
Pemandu Bertimbang Rasa – Nak race jom masuk litar

Bertimbang rasa dan bukan ikut nafsu amarah itu perlu ketika memandu, seperti yang saya tulis sebelum ini memandu dengan mata dan hati, adalah amat perlu terutama ketika musim perayaan ini yang pasti jalan raya penuh sesak. Kita memandu untuk menuju ke denstinasi yang kita tuju di dunia ini bukan untuk menuju alam barzakh, jadi beringatlah.

Sememangnya kalau tanya saya memang saya tidak suka akan memandu pada musim perayaan kerana ia amat memenatkan. Memang memandu di musim perayaan memang mencabar kesabaran saya.

>>Kerja Mudah Gaji Lumayan<<

Tahun ini saya beraya di Ipoh, Perak terlebih dahulu sebelum pulang ke Kelantan. Untuk ke Kelantan dari Ipoh saya terpaksa melalui Grik dan merentasi Banjaran Titiwangsa. Sejujurnya saya lebih suka melalui Bukit Tujuh dan Merapoh dari Grik. Melalui Grik memang memerlukan fokus lebih semasa pemanduan kerana jalan yang berliku sepanjang lereng bukit.

Jika tahun lepas saya nyaris kemalangan dengan sebuah kereta Mitsubitshi Lancer 10 yang tiba-tiba memasuki laluan saya di satu selekoh tajam mungkin kerana terlalu mengantuk. Saya ketika itu menghala ke Ipoh manakala kereta Lancer itu dari arah bertentangan. Saat kereta Mitsubitshi meluncur laju tepat di hadapan saya, saya hanya mampu menekan brek perlahan-lahan berdoa dan mengucap panjang serta tawakal, untuk mengejutkan isteri dan anak yang sedang lena bukan pilihan terbaik kerana pasti akan menimbulkan suasana lebih panik. Saat itu tiada apa dapat saya lakukan, untuk belok ke kiri saya pasti terjun gaung, untuk ke kanan saya akan melanggar kerea lain. Tangan saya hanya bermain hi-beam mengharapkan pemandu di depan saya sedar, Alhamdulillah pemandu itu memasuki laluannya pada saat akhir tika 50 meter saja jarak kami. Saya hanya bayangkan MAUT ketika itu.

Pemandu Bertimbang Rasa - Nak canyon drift, dalam game cukup la.
Pemandu Bertimbang Rasa – Nak canyon drift, dalam game cukup la.

Tahun ini sekali lagi kejadian hampir sama berlaku, ketika di satu selekoh tajam, ketika dua-dua laluan dipenuhi kereta yang sedang bersusun, datang satu pemandu hebat sangat dari arah Ipoh ke Jeli tiba-tiba memotong di selekoh tajam dan garisan berkembar. Ya beliau pemandu hebat dengan kereta hebat kalau tak salah saya Mitsubitshi Evolution 7 atau 8. Ketika itu saya pada kelajuan 90km/j dan adalah mustahil untuk saya mengelak ke kiri atau kanan. Untuk brek kecemasan pasti akan kemalangan juga kerana di belakang saya banyak kereta. Apa saya lakukan adalah mengelak sedikit ke kiri, bermain hi-beam untuk memberi amaran dan tawakal, nyaris kami kemalangan. Muka isteri kepucatan kerana terkejut.

>>Rahsia Jana Duit Internet<<

Dua tahun saya melalui laluan bukit Grik, dua kali juga saya mengalami pengalaman ngeri. Pengalaman yang membuatkan saya fikirkan MAUT sahaja. Tiada lain lagi bermain difikiran saat itu.

Sedikit tips yang ingin saya kongsikan bagi pemandu yang melalui jalan bukit agar menjadi pemandu bertimbang rasa adalah:

  • Pastikan kereta dalam keadaan terbaik dan kita cukup rehat sebelum memandu.
  • Tumpukan sepenuh perhatian semasa memandu. Memandu di laluan bukit memerlukan lebih konsentrasi dan lebih memenatkan.
  • Elakkan memotong pada selekoh. Kalau boleh jangan memotong di selekoh, lagipun garisan berkembar adalah kawasan larangan memotong.
  • Memotong pada kawasan memotong yang disediakan.
  • Bersedia memberi laluan kepada kenderaan lain jika kita agak perlahan.
  • Beralih ke kiri ketika tiba di lorong memotong jika kita perlahan.
  • Elakkan membrek secara mengejut.

Jadilah pemandu yang bertimbang rasa bukan pemandu yang ikut rasa hati saja. Jika kita ingin selamat sampai begitu juga orang lain ingin selamat sampai tidak kira se’power’ mana kereta yang kita pandu. Bertimbang rasa ketika memandu pasti kita tidak akan rugi.

Selamat memandu, hati-hati memandu.

Arsene Wenger Tinggalkan Arsenal Arsène Wenger telah mengeluarkan kenyataan berikut: "Selepas
Jujur je aku mengaku memang aku buta pasal ilmu kereta, terutama bab dalam bahagian enjin.
Sempena ulangtahun ke-50 Big Mac, satu kolabrasi andara McDonald's x G-Shock telah berlaku. Dua syarikat
(Visited 30 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

12 thoughts on “Bertimbang Rasa Ketika Memandu Di Musim Perayaan Ini”

  1. Saya bosan setiap kali alami peristiwa hampir sama. Paling benci apabila yang memasang lampu kabut tanpa alasan kukuh. Begitu juga susur keluar tol laluan untuk Smart Tag dari kanan terus masuk ke kiri yang sepatutnya 500meter sudah berada dilorong kiri untuk lorong tiket. Kalau bas lagi hebat himpit dari belakang terlalu hampir. 🙁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge