Blogger Sebagai Kerjaya

Assalamualaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Blogger sebagai kerjaya? Bolehkah kita jadikan blogger sebagai kerjaya? Jika ditanya pada saya jawapan saya adalah tepuk dada tanya dalam diri anda. Ramai yang sudah berjaya dengan blog, dan ramai juga blogger yang sudah menjana ribuan ringgit hanya dari blog seperti Titan, Redmummy, Denaihati dan Beutifulnara.ย 

Siapa tahu dengan duit dari hasil blogging boleh buat bayar hutang PTPTN kan? Dan siapa tahu mungkin rezeki kita pula selepas ini untuk merasa duit hasil blog. Siapa tahu?

Malah ramai juga blogger-blogger hebat Malaysia mula terpampang di dada akhbar. Malah sekarang ini ramai pihak yang mula mengangkat blogger, dan mengiktiraf sumbangan blogger. Banyak anugerah yang telah diwujudkan bagi menghargai blogger-blogger Malaysia yang menjadi nadi penentu di mada depan.

Blogger sebagai kerjaya boleh ke?
Blogger sebagai kerjaya boleh ke?

>>>Rahsia Blogger Hebat<<<

Kalau dilihat peringkat antarabangsa juga ramai sudah blogger yang menjadikan blogger sebagai kerjaya mereka. Menjadikan blog sebagai sumber kewangan utama mereka. Salah satu nama yang memang tidak asing lagi adalah Seth Godin.

Sememangnya tiada yang mustahil dengan hanya menulis kita mampu menjemput rezeki. Siapa tahu kita juga mampu menjadi seperti nama-nama hebat di atas? Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu?

Blogger sebagai kerjaya -  Jatuh bangun adalah lumrah dunia, tapi jangan pernah sesekali mengalah terus berjuang dan berjuang
Blogger sebagai kerjaya – Jatuh bangun adalah lumrah dunia, tapi jangan pernah sesekali mengalah terus berjuang dan berjuang

Bagi saya pula blog adalah medan untuk saya menjemput rezeki. Dalam penulisan blog ini saya tidak meletakan duit sebagai sasaran utama tapi meletakkan rezeki sebagai sasaran utama saya.

Penwujudan asal blog ini adalah berteraskan ‘Knowledge Is Power’, saya wujudkan blog ini sebagai medan perkongsian ilmu. Berkongsi segala ilmu yang saya pelajari dan lalui bersama pembaca blog ini disamping menambahkan lagi ilmu saya.

Penulisan blog yang meletakkan sasaran utama adalah rezeki, memberikan saya lebih ketenangan dan kebebasan dari menulis. Ini saya pelajari melalui pengalaman lepas saya, penulisan yang tanpa arah tujuan dan haru biru kerana saya meletakkan duit sebagai sasaran saya. Walaupun, saya pernah menyertai satu projek ‘blook’ (book + blog, suatu yang pernah popular suatu masa dulu sebelum wujudnya ebook), tiada kepuasan yang saya capai.

Ya, kini saya amat puas dalam penulisan saya hari ini, walaupun traffic blog saya tidak segah mana sekadar nyawa-nyawa ikan, walaupun duit yang diperolehi dari hari blog tidak setinggi mana, saya tetap puas. Saya puas dengan rezeki ilmu yang saya perolehi hari ini.

Blogger sebagai kerjaya saya untuk berkongsi ilmu yang bermanafaat. Itulah tujuan kita ke dunia untuk menjadi khalifah di alam dunia ini.

#DuitRaya dari denaihati.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... 'Wah, dah jadi blogger sekarang?' Tegur seorang kawan
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Apa khabar semua? Kuala Lumpur telah dilanda jerebu
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Anda kenal Sop Nama Saya? Ok Sop tengah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Kejayaan tidak mengenal siapa, tapi siapa yang mahukan
(Visited 25 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

28 thoughts on “Blogger Sebagai Kerjaya”

  1. salam..
    blh sahaja kalau dalam semangat ada niat sebegitu nak jana wang dri blog.mula2 mencuba pastu tgok hasil dia.biar permulaan kita dpt sikit lama2 klu tanbah dg usaha akan peroleh bayk juga.asal ada daya usaha d situ. ๐Ÿ™‚
    suri recently posted..Chelsea vs MUMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge