Buku Mudahnya Menjemput Rezeki Adalah Buku Yang Mesti Dimiliki

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Jumaat lepas selepas selesai solat Jumaat, saya merayau kedai buku sementara menunggu untuk pergi melihat kerja senggaraan kipas ekzos. Lalu saja di kedai buku yang belum lagi di buka saya terlihat satu buku ‘Mudahnya Menjemput Rezeki‘.

Mudahnya menjemput rezeki - http://www.jemputrezeki.com/
Mudahnya menjemput rezeki – jemputrezeki.com/

Tunggu sekejap kedai di buka, saya masuk ke dalam kedai, hasrat utama adalah untuk menyelak buku Mudahnya Menjemput Rezeki yang ditulis oleh Tuan Fathuri Salehuddin. Selain, itu ada juga terbaca tentang review buku ini oleh beberapa rakan blogger yang menyatakan ianya amat menarik.

Dengan tajuknya Mudahnya Menjemput Rezeki membuat saya tertanya, apakah kandungan di dalamnya? Apakah yang ditulis di dalamnya? Biasa kita dengar istilah mencari rezeki bukannya menjemput rezeki?

Selak punya selak, ternyata buku Mudahnya Menjemput Rezeki berjaya memilkat hati saya pada pandangan pertama. Buku setebal 181 muka surat ini sememangnya mengandungi ilmu yang amat bermanafaat bagi saya. Saya tidak tunggu lama saya terus ambil dan bayar buku ini walaupun dirumah masih ada dekat 20 buku yang belum saya habiskan. Itu belum lagi masuk dengan buku rujukan pelajaran dan kerja.

Untuk makluman juga buku Mudahnya Menjemput Rezeki yang mula diterbitkan pada tahun 2012 telah memasuki cetakan yang kesepuluh. Jadi fahamlah apa maknanya.

Jika kita pernah membaca buku tulisan Robert Kiyosaki  iaitu Rich Dad Poor Dad sampai habis. Jika buku Rich Dad Poor Dad dikatakan buku wajib baca dan best seller, bagi saya buku Mudahnya Menjemput Rezeki adalah buku yang mesti mesti baca terutama bagi kita orang Melayu.

Buku tulisan anak bangsa kita yang amat mudah difahami ini, disertakan dengan potongan hadith dan al-Quran di dalamnya pasti akan mengubah pemahaman kita tentang REZEKI. Mengubah prinsip kita tentang Rezeki.

Tulis panjang saya tidak mahu tapi bagi yang masih belum membaca atau memiliki buku ini sila dapatkan di kedai buku berdekatan atau dari jemputrezeki.com. Insyallah perlaburan RM 18.00 untuk semenanjung dan RM 20.00 untuk Sabah dan Sarawak pasti berbaloi.

PS: Ini bukan review berbayar atau apa. Tapi sekadar berkongsi buku yang menarik. Ingat ‘Knowledge Is Power’.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.... Ninetology telah melancarkan model terbaru mereka iaitu Ninetology
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Hari ini saya nak kongsikan review ebook Teknik
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Ahmadfaizal.com pasti ramai yang kurang arif dan kenal
Asalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku... Telah lama saya berfikir untuk adakan satu giveaway.
(Visited 30 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

6 thoughts on “Buku Mudahnya Menjemput Rezeki Adalah Buku Yang Mesti Dimiliki”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge