Keputusan Minggu Pertama Liga : Arsenal Juara Liga

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Arsenal Juara Liga 2013? Kemungkinan sentiasa ada, apa saja boleh berlaku dalam bola sepak. Permulaan yang baik bagi pra-musim untuk Arsenal apabila menang 3-1 ke atas Manchester City. Namun agak mengecewakan pada perlawanan pertama liga apabila tewas 1-3 kepada Aston Villa di Emirates Stadium.

Arsenal Juara Liga
Arsenal Juara Liga

Permulaan yang garang bagi Arsenal apabila Giroud menjaringkan gol pembukaan perlawanan seawal minit ke-6 hasil dari umpanan oleh Chamberlain. Namun keseronokan penyokong Arsenal tidak kekal lama apabila Cristian Benteke menjaring gol pada minit ke-22 dan minit ke-61. Satu lagi jaringan oleh Antonio Luna pada minit ke-85 memang memeritkan.

Secara keseluruhannya, saya lihat Arsenal kurang kreativiti dalam menghasilkan jaringan selain dari kurang pengalaman. Memang saya akui kredibeliti Arsene Wenger dalam membangunkan pemain muda tapi pasukan Arsenal tetap memerlukan pemain yang berpengalaman dan kreatif bagi menghasilkan lebih banyak gerakan menarik dan penyudah yang sempurna.

Arsenal Juara Liga? Untuk menjadi juara liga bukan suatu yang mustahil bagi Arsenal lagipun ini hanya perlawanan pertama. Masih ada banyak perlawanan selepas ini. Apapun, Arsene Wenger perlu melakukan sesuatu sebelum jendela perpindahan ditutup untuk memantapkan Arsenal.

Apapun, Manchester United yang telah menang 4-1 ke atas Swansea dilihat mempunyai satu pasukan yang sempurna. Mempunyai pemain yang berpengalaman dan kreatif sememangnya satu kelebihan buat Manchester United. Sememangnya satu kerugian buat Arsenal yang telah kehilangan Van Persie pada musim lalu.

Keputusan Penuh Minggu Pertama EPL

Keputusan Minggu Pertama
Keputusan Minggu Pertama

 

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Perlawanan bola sepak English Premier League pada minggu
Bulan Ramadhan adalah bulan 1,000 rahmat di dalam nya. Ganjaran pahala berlipat kali ganda bagi
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Lama sudah saya tak menulis di sini, disebabkan
(Visited 18 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

4 thoughts on “Keputusan Minggu Pertama Liga : Arsenal Juara Liga”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge