Kerja Mudah Gaji Lumayan

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Teringat pada zaman muda mudi dulu masa bujang terang tantang, gerak gaya ligat cam gasing. Memang kerja pun tak pernah melekat satu tempat. Pindah sana sini cam kaum nomad sudah. Pantang tak puas hati terus cari kerja lain. Satu hari saya melepak bersama seorang kawan lama di Damansara. Sambil makan mee goreng dan nescafe tarik sambil layan game bola sepak Manchester United lawan Chelsea.

Kerja mudah gaji lumayan
Kerja mudah gaji lumayan

Kerja Mudah Gaji Lumayan

‘Rasa nak cari kerja lain la. Dah tak tahan dah kerja tempat sekarang ni’ saya meluahkan perasaan pada kawan saya.

‘Kenapa nak tukar kerja pula? Kau dah kenapa?’ Tanya kawan saya nak kan kepastian.

‘Saja nak tukar angin la. Kau ada lubang baik ke?’

‘Ada. Tapi hati kena kering la. Kerja mudah gaji lumayan.’

Kerja mudah gaji lumayan satu quote yang cukup menarik bagi saya. Ya lah dalam dunia ini mana ada kerja mudah gaji lumayan. Yang banyaknya kerja cam macai gaji ciput saja.

‘Kau jangan main main. Mana ada kerja mudah gaji lumayan. Aku serius ni.’

‘Betul la. Aku tengok kau memang dah ada gaya. Muka dah bengis. Garang pun dah ada.’ Terang kawan saya bersungguh-sungguh

‘Aik…. muka aku je kau tengok. Tak perlu ada ijazah ke sijil ke.’ Tanya saya lagi.

‘Tak perlu semua itu. Itu semua dunia’

‘Main-main pula kau ni. Kerja apa kau cakap ni.’

Kerja Mudah Gaji Lumayan - Nak kena cincang tak?
Kerja Mudah Gaji Lumayan – Nak kena cincang tak?

‘Pembunuh upahan. Kau mahu ke?’

Ya malam itu memang saya nak je bunuh kawan saya buat sate. Tengah saya serius nak mencari kerja boleh dia mempermainkan hati dan perasaan saya ini. Oh sahabat sampai hati kamu.

Benar kah ke kerja sebagai pembunuh upahan itu kerja mudah gaji lumayan? Betul ke? Saya tak rasa kerja mencabut nyawa orang lain itu kerja yang mudah. Betul tak? Saya tak sampai hati untuk bunuh orang.

Nak kerja mudah gaji lumayan jom cuba ini.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Minggu lepas situasi saya agak kelam kabut, keadaan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua... Perlukan modal besar atau modal kecil yang diperlukan untuk
Seminar Duit Pantas oleh Jootawan.com pasti suatu yang ditunggu oleh semua. Siapakah jootawan.com? Jootawan adalah
(Visited 59 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

17 thoughts on “Kerja Mudah Gaji Lumayan”

  1. Tak lah mudah sangat nak jadi pembunuh upahan. Banyak latihan menembak kena dibuat. Kena banyak kenalan, Duit kena banyak nak beli pistol kalau tak ada kena sewa, bukannya murah. Kalau tak pernah tembak orang kena berlatih dulu. Kena bijak jadi halimunan supaya tak dapat dikesan, pehhh tak mudah tu!
    Mohd Shubhi recently posted..Potong tali tu ! baru ke depan…My Profile

  2. Memang mudah… mudah tempah masalah. Emm, kalau tengok dari banyak2 kejadian bunuh kat Malaysia ni, memang confirm ia kerja mudah bagi org yg hati kering dan singkat akal

  3. Sekarang ni dah ada macam-macam peluang pekerjaan… Sampai pembunuh upahan pun dah termasuk salah satu daripadanya… Dahsyat betul zaman sekarang ni…

    Sama juga dengan pemasaran Affiliate… Dulu kita ada pemasaran Affiliate secara online… Tetapi sekarang ni kita juga dah ada pemasaran affiliate secara Offline… Syukur Alhamdulillah, saya dah berjaya merasai hasilnya, walaupun belum lagi sebanyak komisyen affiliate online yang pernah saya terima…
    Anuar recently posted..Komisyen Affiliate Pertama Program MyKad Smart ShopperMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge