Menteri Tolak Syor Senarai Hitam CCRIS Peminjam Tegar PTPTN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat Semua Saudaraku…

Peminjam Tegar PTPTN - Hutang bayar tetap kena bayar
Peminjam Tegar PTPTN – Hutang bayar tetap kena bayar

PUTRAJAYA: Kabinet sebentar tadi memutuskan tidak akan meneruskan cadangan menyenarai hitam peminjam ingkar di bawah Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Keputusan itu dibuat mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sini.

“Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Alhamdulillah, PTPTN tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah CCRIS.
“Terima kasih kepada Perdana Menteri dan Menteri-menteri Pendidikan kerana mendengar suara-suara orang muda,” kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi akuan Twitternya, sebentar tadi.
Semalam, Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata, Pemuda membantah cadangan itu masalah peminjam ingkar wajar ditangani menggunakan tindakan sedia ada, termasuk pelbagai makanisme kutipan daripada peminjam.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh baru-baru ini mengumumkan peminjam tegar PTPTN yang ingkar membayar pinjaman disenarai dalam CCRIS berkuat kuasa bulan ini.

(Sumber: Berita Harian)

Jika semalam hangat dengan berita menyatakan peminjam tegar PTPTN akan disenarai hitam CCRIS, hari ini berita menunjukkan ‘Menteri Tolak Syor Senarai Hitam CCRIS Peminjam Tegar PTPTN’. Pasti ini berita gembira bagi sesetengah peminjam PTPTN.

Pada pandangan saya, walau apapun, ceritanya yang menjadi topik hangat muka depan surat khabar saluran perdana atau pun apa, sebagai peminjam hutang tetap perlu kita bayar. Ingat, hutang mesti dibayar kalau tidak dituntut.

Apa yang pasti jika keadaan ini berterusan generasi kita yang akan datang menanggung bebannya? Percayalah.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Kalau dulu peminjam tegar PTPTN disenarai hitam oleh
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua... PRU13 semakin hampir, dan entri ini bukan propaganda untuk
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Selepas 10 bulan bermastautin di bumi Pahang, saya
Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Orang perempuan Malaysia mungkin tak seperti dalam video
(Visited 23 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

6 thoughts on “Menteri Tolak Syor Senarai Hitam CCRIS Peminjam Tegar PTPTN”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge