Metallica Live In Malaysia : Bila Metallica Turun Kampung

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku….

Metallica adalah band kegemaran saya, dari remaja sampai sekarang saya masih lagi mengikuti band ini. Ulikan suara James Hetfield, petikan gitar Kirk Hemmett, paluan drum Lars Ulrich dan petikan bass Jason Newsted sudah sebati dengan telinga saya. Saya lebih suka petikan bass Jason Newsted berbanding Rober Trujillo. Metallica live in Malaysia pasti peluang yang saya tunggu.

Metallica Live In Malaysia
Metallica Live In Malaysia

Zaman sekolah dulu, lagu Unforgiven dan Nothing Else Matter memang menjadi siulan wajib. Petikan gitar dan nyanyian wajib semasa persembahan akhir tahun.

Metallica live in Malaysia memang saya dah lama sangat tunggu, jadi bila mereka datang memang saya akan datang melawat. Itu janji saya.

Saya tidak kira apa wife saya kata saya akan tetap terus keputusan saya untuk pergi ke konsert Metallica live in Malaysia di Stadium Merdeka.

Pada 21 Ogos malam, saya akan pergi ke Stadium Merdeka. Dengan sarung jeans skinny, t-shirt hitam Pearl Jam dan kasut Converse hitam saya akan melangkah keluar dari rumah. Set persalinan hitam yang bapa segala metal akan saya sarung.

Melangkah dengan penuh gaya. Mengulang kembali nostalgia yang saya buat ketika pergi ke gigs skinhead beberapa tahun lalu semasa zaman muda remaja. Kini saya ulang untuk Metallica.

‘Ulrich tunggu aku datang!!!’ Keluar kata-kata dari mulut saya.

‘Abang!!!! PTPTN’ tetiba isteri saya menyambung. Owh, isteri saya ingatkan pasal pakcik PTPTN pula. Memang spoil habis. Jadi terpaksalah lupakan niat asal, duit nak belanja untuk tiket Metallica gunakan duit untuk bayar PTPTN.

Ya baik, maaf Metallica. Saya terpaksa lupakan kamu. Bukan takut bini tapi sayang bini.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Ahmadfaizal.com pasti ramai yang kurang arif dan kenal
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Sedih dan kecewa dengan kekalahan pasukan Harimau Malaya
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua saudaraku... Tahniah, Tahniah, Tahniah. Tahniah buat pasukan Harimau Malaya.
Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Sekarang ini masih ramai yang menilai dari warna
(Visited 30 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

13 thoughts on “Metallica Live In Malaysia : Bila Metallica Turun Kampung”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge