Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…
Cinta adalah salah satu persoalan dalam hidup kita. Semua orang mahu dicintai dan mencintai. Mencari kekasih halal juga bukan suatu yang mudah dan bukan suatu yang susah.
Orang dulu mungkin tidak fikir sangat soal mencari kekasih halal kerana banyak yang orang tua buat pilihan. Bagi orang dulu pilihan mak ayah lebih tepat. Tapi ramai lagi kah orang zaman sekarang yang serahkan soal jodoh pada mak ayah? Rasanya lebih ramai yang suka memilih sendiri pasangan mereka.
Jika dulu, surat menjadi penghubung. Jika jauh mereka akan pos dan setem, jima dekat mungkin hanya serahan tangan. Tak kurang juga yang bubuh bedak dalam surat, ada buat ke?

Zaman ini juga ada dijual kertas berbunga dan sampul berbunga. Ada sesetengah itu siap ada bau wangi dah tak perlu tuang bedak. Buka saja surat boleh terbahak-bahak batuk sebab bedak terlebih sudah.
Peralihan zaman dan teknologi semakin pintar dari surat beralih pula telefon rumah dan telefon awam. Sanggup tak makan nak kumpul syiling untuk dengar suara kekasih hati. Sampai ada yang beratur panjang di pondok telefon awam untuk tunggu giliran. Ada yang sampai berjam-jam tapi ada juga yang hanya beberapa saat kerana takut, sekali bapa nya yang angkat la.
Zaman beralih lagi, dari telefon rumah ke telefon bimbit, dari surat kepada e-mel dan sms, dari zaman friendster kepada facebook. Sekarang ini ada pula whatapps, wechat dan sebagainya. Zaman semakin maju dan canggih semakin mudah untuk kita berhubung. Semakin senang kita mencari kekasih halal.
Semakin canggih zaman, semakin bijak manusia, sepatutnya semakin tinggilah harga maruah kita sebagai manusia. Jangan rendahkan harga diri kita. Jangan sesekali.
Tak perlulah nak buat ‘cheap sale’ sangat di facebook, blog dan lain-lain medium. Tapi tunjukkan kita mempunyai nilai yang sangat tinggi yang perlu dihargai bukan yang boleh main diskaun sesuka hati saja. Biar kita di label ‘jual mahal’ dari di label sebagai ‘murahan’. Fikir-fikirkan lah.
Cinta pun memerlukan ilmu juga. Tak percaya tanyalah para bapa dan suami diluar sana, apalah ilmu yang mereka gunakan untuk kekalkan momentum percintaan mereka. Tambahkan ilmu cinta dari doa pengasih, terokai hati pasangan dengan rahsia hati dan rahsia keluarga bahagia.
suka dan setuju dengan entry ni…..zaman skrg dah terbalik…maruah boleh di beli dimana2…
pelihara maruah yang tiada ternilai harganya…
DaddyDee recently posted..Mudahnya Mencari Kekasih Halal
fuuuuhh.. daddydee suda menjadi doktor chenta… pheeewwwiiittt!!!
sohoque recently posted..Seronok Sangat Dapat Jumpa Nuffnang Angels
cuba tukar profession jap….hahhaha
DaddyDee recently posted..Mudahnya Mencari Kekasih Halal
tak tahan tgk gambar Heliza nih..
tahan jangan tak tahan…hehehe
DaddyDee recently posted..Mudahnya Mencari Kekasih Halal
Zaman banyakn dah berubah, dulu sanggup bersengkang mata, bertenggek kat public phone.. sekarang apa susah, WeChat kan ada..
Irwan Alessa recently posted..Bagaimana Menjadi Seorang Blogger
search sudah…hahahah….tapi jangan jadi mangsa teknologi
DaddyDee recently posted..Mudahnya Mencari Kekasih Halal
Nasihat berguna: Jangan tertipu dengan kebiasaan mempamerkan hanya yang hebat sahaja serta ayat-ayat power melambangkan tuan punya badan seorang yang sempurna dalam setiap posting FB atau media sosial lain…!
Mohd Shubhi recently posted..Usahawan berjaya – T Ananda Krishnan
sekadar memperingatkan agar tidak termasuk dalam jerat jahanam…supaya tidak sesal kemudian hari
DaddyDee recently posted..Mudahnya Mencari Kekasih Halal
Carilah pasangan hidup yang lebih mementingkan agama, Insya Allah kita akan merasai nikmat kebahagiaan sehingga ke akhir hayat…
Tapi sebelum mendapat pasangan hidup yang sebegitu, kita perlu terlebih dahulu berubah untuk menjadi hamba Allah yang sentisa dekat padaNYA…. 😉
Anuar recently posted..Poligami Dan Alam Perkahwinan berdasarkan pandanganku…
Bukan senang untuk memiliki cinta yang sebenar dah hakiki ini percayalah
Khairul Zamri recently posted..Bagaimana Cara Mencari Sahabat Lama
Hehe..jual mahal pada barang yang baik dan berkualiti itu tak menjadi masalah..
Hafizul recently posted..Apa Erti Kemerdekaan
wahhh..helijaaa….
titan recently posted..Kenapa gua angkat kereta Proton?