Nikmat Air Soya Homemade

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Saya memang tidak pernah buat air soya homemade selama ini hanya beli dari kedai saja samada ada kotak atau bungkus. Soya kegemaran saya adalah soya tepi jalan dekat simpang empat sebelah Taxi Stand, Danau Kota di depan Restoren Zubaidah dan Malis Corner, Platinum Victory.  Sehingga umur dah nak mencecah 30-an, tahun ini kali pertama saya buat air soya homemade. Pada mulanya hanya sekadar ingin bereksperimen sahaja.

Pada mula saya mulakan eksperimen dengan membeli 500gram kacang soya. Dan pada kali pertama saya gunakan 250gram sahaja. Tapi selepas berjaya kali pertama memang saya rasa nak buat lagi dan lagi. Ternyata nikmat air soya homemade memang lagi best dari sebarang soya diluar sana. Nikmat air soya home made adalah sebab apa yang kita buat adalah ikut citarasa kita sendiri. Nak taruk apa pun suka hatilah.

Cara nak buat air soya homemade adalah:

  1. Basuh dan rendam kacang soya 4-5 jam sampai kacang soya kembang.
 Rendam kacang soya - 4-5jam
Rendam kacang soya – 4-5jam

2. Kacang soya yang diremdam kisar sampai hancur.

Kisar kacang soya
Kisar kacang soya

4. Tapi kacang soya yang telah siap dikisar dengan menggunakan penapis kain. Perah hampas kacang soya sampai habis susu kacang soya. Kalau nak perah berkali-kali sehingga susu putih kacang soya habis keluar pun boleh tapi saya perah sekali je sebab nak bagi pekat.

Tapis Kacang Soya siap kisar
Tapis Kacang Soya siap kisar

4. Air kacang soya yang siap ditapis dididihkan dengan api yang kecil. Kalau suka boleh masukkan gula atau daun pandan semasa didihkan air kacang soya. Semasa didih kacaukan air kacang soya jangan sampai melimpah.

5. Air kacang soya siap untuk dihidang panas mahupun sejuk. Buatlah pilihan.

air soya siap
air soya siap

Kenapa saya kongsikan cara sahaja bukan bahan-bahan atau resepi untuk buat air soya homemade? Sebab saya rasa dengan cara untuk membuat kacang soya ini saja pembaca akan boleh memulakan eksperimen untuk buat air soya homemade.

Alhamdulillah eksperimen buat air soya telah berjaya. Selepas ini boleh teruskan eksperimen untuk buat taufufah dan putu bambu pula. Selamat bereksperimen buat semua.

Assalamualaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Blogger sebagai kerjaya? Bolehkah kita jadikan blogger sebagai
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua... Alhamdulillah sudah sampai kita ke separuh Ramadhan kita lalui,
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Syukur alhamdulillah rezeki di bulan Ramadhan, betul kata
(Visited 47 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

10 thoughts on “Nikmat Air Soya Homemade”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.