Peminjam Tegar PTPTN Disenarai Hitam CCRIS

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Kalau dulu peminjam tegar PTPTN disenarai hitam oleh pihak Imigresen yang tidak membolehkan peminjam tegar ke oversea, namun tidak semua yang akan ke oversea. Jadi mungkin langkah ini kurang memberi impak kepada sesetengah peminjam tegar. Kini, PTPTN telah mengambil satu langkah yang lebih drastik iaitu peminjam tegar PTPTN disenarai hitam oleh CCRIS.

Peminjam Tegar PTPTN Disenarai hitam CCRIS
Peminjam Tegar PTPTN Disenarai hitam CCRIS

Apakah itu CCRIS?

CCRIS ialah singkatan bagi Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat. CCRIS ialah sistem yang mengumpul maklumat mengenai individu yang mengambil pinjaman daripada institusi kewangan dan membekalkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan. Maklumat ini digunakan sebagai salah satu sumber oleh institusi kewangan untuk membentuk pandangan mengenai sejarah kredit peminjam sedia ada atau bakal peminjam mereka. CCRIS bukanlah sistem yang menyenarai hitam peminjam seperti tanggapan sesetengah pihak.

Untuk maklumat lanjut mengenai CCRIS boleh layari laman sesawang Biro Kredit di http://creditbureau.bnm.gov.my atau hubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465.

(Sumber : Bank Negara Malaysia)

Komen Pemuda UMNO Tentang Peminjam Tegar PTPTN Di Senarai Hitam CCRIS?

Pergerakan Pemuda UMNO tidak bersetuju dengan pendirian Kerajaan, yang dinyatakan oleh Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh, bagi menyenaraihitamkan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingkar di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Pada pandangan Pemuda UMNO, Kerajaan sepatutnya mengguna pakai segala mekanisme kutipan serta tindakan sedia ada ke atas peminjam-peminjam yang masih berkeras dan tidak mengambil endah tuntutan pembayaran balik yang dikeluarkan. Bahkan, keutamaan hendaklah diberi kepada tindakan bersepadu yang juga mengambil kira pemberian insentif bayaran balik serta kaedah pembayaran anjal yang mengambil kira situasi semasa peminjam.

Ini kerana pinjaman PTPTN amat berbeza dengan pinjaman-pinjaman lain seperti hutang kad kredit atau kenderaan kerana ia tidak tergolong dalam pinjaman berasaskan pilihan peribadi. Harus diakui bahawa pinjaman PTPTN bersifat keperluan kerana Kerajaan tidak menawarkan pendidikan percuma sepenuhnya di institusi pengajian tinggi dan keperluan memiliki kelulusan samaada diploma mahupun ijazah adalah penting bagi pembangunan kerjaya dan intelektual seseorang anak muda.

Pada masa yang sama, kumpulan peminjam tegar yang tidak melunaskan sebarang pembayaran balik adalah kecil dan tindakan penyenaraian hitam sebegini boleh memberi tanggapan umum yang negatif kepada segala gerak kerja PTPTN di dalam memastikan anak muda yang ingin melanjutkan pengajian mereka di peringkat tinggi dibantu.

(Sumber: malaysiaininsider)

Saya tak mahu cakap apa perihal ini, sebagai peminjam PTPTN saya dan pembaca semua tahu apa yang terjadi dan apa yang berlaku sebelum mendapat pinjaman, semasa dapat pinjaman dan selepas. Kami lagi tahu kerana kami melalui. Apapun saya bayar tetap akan terus bayar seperti sebelum ini yang saya lakukan sehingga langsai.

Usah tunggu berita yang belum pasti tapi mulakan langkah pertama kita, mungkin boleh mulakan dengan memantapkan pendapatan dengan blog. Jadikan blogger sebagai kerjaya sepenuh masa mahupun separuh masa. Mungkin dengan pendapatan dari blog kita mampu jelaskan hutang PTPTN siapa tahu?

Janakan pendapatan kita dengan hanya menulis di blog. Dapatkan rahsia terhangat di pasaran dan juga kerja online tanpa had batasan sekarang.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua... PRU13 semakin hampir, dan entri ini bukan propaganda untuk
Assalamulaikum buat semua saudaraku... Food Truck salah satu trend perniagaan makanan yang boleh dikatakan terkini
Assalamulaikum Buat Semua Saudaraku... Lama aku tidak menulis di sini. Bukan sibuk tapi lupakan sekejap
(Visited 30 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

10 thoughts on “Peminjam Tegar PTPTN Disenarai Hitam CCRIS”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge