Senarai Semak Untuk Balik Kampung Dengan Tenang

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Mulai esok pasti ramai yang akan mula bercuti panjang untuk menyambut aidilfitri bersama keluarga tercinta di kampung halaman masing-masing. Bukan main gembira rasa hati untuk bertemu sanak saudara dikampung halaman, berjumpa dengan wajah-wajah insan yang tersayang yang dirindui selama ini.

balik kampung
Balik kampung dengan tenang  (sumber sini)

Apapun dalam kegembiraan untuk menyambut syawal jangan lupa untuk memastikan semua dalam keadaan selamat. Semua dalam keadaan selamat iaitu diri sendiri, kereta dan rumah. Disini saya ingin kongsikan sedikit senarai semak saya sebelum balik kampung.

Senarai Semak Rumah

  • Pastikan semua pintu dan tingkap berkunci. Sekiranya pintu jenis sliding door, letakkan kayu pada railing sliding untuk mengelakkan pintu/tingkap senang dibuka.
  • Pastikan jeriji besi dikuncikan dan dipasang mangga tambahan. Lagi baik jika dipasang mangga luar dalam atau luar sahaja. Tambahan telinga tempat sangkut mangga adalah weak point jeriji besi.
  • Pastikan semua barang elektrik ditutup. Semua plug top ditanggalkan kecuali yang ada kepentingan seperti peti sejuk untuk elak barang dalam peti sejuk membusuk.
  • Pastikan kepala tong gas ditanggalkan. Lebih selamat untuk tinggalkan rumah dalam masa yang lama.
  • Pastikan barangan berharga tidak ditinggalkan dirumah tidak berpenghuni seperti barang kemas dan wang ringgit. Jangan lagi simpan duit bawah bantal simpan dalam unit trust lagi baik. Barang kemas, ar-rahnu ada sediakan khidmat simpanan barang kemas, kalau rasa rugi pakai la semua barang kemas tu.
  • Pastikan anda mengisi borang untuk balik kampung dan serahkan kepada balai polis terdekat.

Senarai Semak Untuk Kereta

  • Pastikan kereta dalam keadaan terbaik. Servis kereta terlebih dahulu. Paling penting adalah keadaan tayar dan brek adalah dalam keadaan terbaik.
  • Periksa keadaan air dalam sistem penyejuk dan sediakan air dalam kereta.
  • Rancang perjalanan sebaiknya bila ingin memulakan perjalanan dan kenal pasti kedudukan stesen minyak supaya tidak kehabisan minyak semasa dalam perjalanan.

Senarai Semak Untuk Diri

  • Pastikan diri cukup rehat sebelum memulakan pemanduan. Kalau letih atau mengantuk ambil rehat seketika.
  • Bawa semua ubat-ubatan yang diperlukan. (jika ada)

Semoga kita balik kampung untuk berhari raya dengan tenang dan gembira serta selamat semuanya.Jangan jadikan kita sebahagian dari statistik.

Mood adalah mood hari raya. Mood blogging up and down semula…

Assalamualaikum dan Salam Syawal buat semua saudaraku... Hari Raya telah masuk hari ke-4, pasti ada
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi... Daddydee.net ingin mengingatkan pada semua saudara saudari sekalian yang ingin pulang
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.... Buat duit dengan Nuffnang, bukan lagi fantasi, sudah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku... Identity Entri ini juga
(Visited 34 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

18 thoughts on “Senarai Semak Untuk Balik Kampung Dengan Tenang”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge