Tips Menulis Blog : Berani Menulis

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Kesukaran untuk menulis blog adalah apabila kekeringan idea. Tugas penulis adalah menulis dan berkongsi dengan pembaca, tugas pembaca pula adalah membacanya. Tapi sukar untuk penulis blog untuk mengetahui apa yang pembaca di inginkan. Tapi sebagai penulis kita harus berani menulis.

Untuk memenuhi kehendak pembaca memang amat sukar kerana kita tidak tahu apa yang pembaca mahukan. Mungkin ada pembaca suka baca bahas yang santai dan ada juga yang suka bahasa skema. Ada juga pembaca suka baca gossip tetapi ada juga pembaca mahukan bahan ilmiah dan jenaka. Jadi kita tidak akan dapat memenuhi kehendak semua pembaca, kita tidak tahu apa yang mereka inginkan tapi kita yang kena tahu apa yang ingin kita tulis.

Berani Menulis : Tulis dan berkongsi
Berani Menulis : Tulis dan berkongsi

Berani Menulis dan Tahu Apa Yang Kita Tulis

Sebagai penulis, kita mesti berani menulis dan tahu apa yang kita tulis. Tahu tujuan kita menulis, untuk apa dan untuk siapa. Sebagai penulis kita mesti mejadi pemikir yang hebat dan bersedia berkongsi ilmu.

Sebagai penulis, kita mesti berani menulis mengikut cara kita sendiri. Tidak berlu terikut dengan cara orang lain, tetapi berani menulis mengikut cara kita sendiri. Menjadi diri kita sendiri. Binakan dan ciptakan identiti kita sendiri melalui gaya penulisan kita sendiri. Bak kata Tuan Titan ‘Menulis biar ada jiwa’.

Tidak kisah apa gaya bahasa yang ingin kita gunakan apa yang penting setiap maklumat yang ingin disampaikan itu sampai dan lagi elok jika ianya adalah ilmu yang bermanafaat. Sekurangnya kita dapat juga saham pahala dari ilmu yang bermanafaat yang kita tuliskan.

Menulis dan Lakukan Eksperimen

Berani Menulis : Lakukan eksperimen
Berani Menulis : Lakukan eksperimen

Eksprerimen bukan hanya di dalam makmal tapi juga dalam blog. Tuliskan sesuatu yang segar sesekali untuk melakukan eksperimen, menguji bagaimanakah sambutan pembaca dari eksperimen kita. Apakah respons pembaca?

Saya juga ada membuat beberapa eksperimen penulisan dalam blog ini antaranya ‘Main Dengan Makcik‘ dan ‘Metallica Live In Malaysia‘. Itu adalah antara dua penulisan eksperimen yang saya lakukan dalam blog ini, eksperimen cuba lari dari konsep penulisan skema saya kepada yang lebih santai.

Jujur saya katakan, saya tetap akan kekal dengan gaya penulisan skema ini kerana saya selesa begini dengan daddydee.net, walaupun saya bukanlah manusia skema. Siapa yang kenal saya, mereka tahu siapa saya. I’m not the best but i want be the best.

Tetapkan Matlamat Dalam Penulisan

Akhir sekali adalah tetapkan matlamat apa yang ingin kita capai dalam penulisan kita. Itu yang paling penting, apa yang ingin kita capai dalam jangka pendek dan jangka panjang. Bila ada matlamat inshallah kita tidak akan mudah bosan untuk menulis dan berkongsi.

Yang paling penting dalam menulis, jangan pernah merasa bosan dan putus asa. Malah terus berusaha dan berusaha sampai tercapai matlamat kita.

Untuk penulis blog yang ingin mantapkan trafik blog boleh dapatkan Ebook Teknik SEO Merah Jambu dan Tips Atasi Kekeringan Idea.

'Ah... Nanti aku buat lah', 'Aku tahulah apa aku nak buat', 'Nanti-nantilah'.... Ini antara alasan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Vote for Malaysia Apa
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Sejak awal bulan Julai 2013 saya cuba sebaik
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Jangan beli ebuku Teknik SEO Merah Jambu, sejujur
(Visited 13 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

39 thoughts on “Tips Menulis Blog : Berani Menulis”

  1. Betul tu, kena berani dan menulis. Kalau terlalu fikirkan apa reaksi orang terhadap tulisan kita akhirnya tak jadi menulis…bukan semua orang suka, cukup kalau hanya sebahagian orang suka dengan penulisan kita…TK berkongsi pemikiran di atas.
    Mohd Shubhi recently posted..6 sikap orang berjayaMy Profile

  2. Pandangan aku mudah sahaja. Blog ini “lebih kurang” macam buku. Kalau buku tu ada mcm-mcm jenis buku, novel, kumpulan sajak, kumpulan puisi, biografi, travelog dan mcm-mcm lagi. Kalau novel tu pula pecah mcm-mcm genre lagi. Sama mcm blog. Ada yang general/personal dan ada yang ada niche tertentu, setiap jenis tu ada readers sendiri. Jadi yang menulis, cubalah hasilkan entri yang terbaik, perlahan lahan kayuh perlahan-lahan belaja. Mcm aku start dengan blog sejak 2005. Tapi blog aku tetap tak hebat mana, tapi pada aku why give up. Tulis je, try & error. Sekarang ni, adalah juga sikit khalayak yang sudi baca blog aku, carian keyword pun sedang-sedang aja. Oklah tu kan. Kena teruskan usaha. Jangan putus asa. Betul tak bro?
    Fyzal recently posted..Barclays Premier League Result: Cardiff City 3 -2 Manchester CityMy Profile

  3. Saya juga gemar menulis kedua-duanya.. selesa berkongsi pendapat di entri ataupun di bahagian komen dengan santai ataupun skema macam ni.. saya juga bukan orang yang skema, tetapi di dalam penulisan saya lebih gemar bersifat skema untuk menarik lebih ramai pembaca dalam blog saya.. Alhamdulillah ada sedikit demi sedekit perubahan yang banyak membantu diri saya..
    Irwan Alessa recently posted..Lelaki Kacak Haruslah..My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge