Tips Penjimatan Tenaga Elektrik Bagi Pengguna Penghawa Dingin

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Abang ais kacak yang tak perlukan penghawa dingin
Abang ais kacak yang tak perlukan penghawa dingin

Ramai pengguna penghawa dingin yang mengeluh kerana bil elektrik yang melambung selepas memasang sistem penghawa dingin. Kawan saya salah seorang yang mengalami masalah ini, mengeluh panjang beliau ketika kami berjumpa semasa iftar.

‘Lama tak jumpa mu. Mu kerja mana sekarang, Di?’ tanya Joe, kawan lama yang duduk di samping isteri beliau. Saya pula datang bujang.

‘Aku ada je, ada tengok-tengok mu juga dalam facebook. Hehehe…. Aku kerja maintanance.’ jawab saya.

‘Maintanance apa?’ tanya Joe lagi.

‘Maintanance bangunan. Baik pulih bangunan rosak. Kadang-kala ada juga menjahanamkan. Hehehe… Baiki tandas, baiki bumbung, baiki aircond dan segala hal yang berkaitan dengan maintanance bangunan.’

‘Aku ada pasang aircond. Tapi sekarang ini bil elektrik aku melambung tinggi. Macam mana nak buat? Mu mesti tahu.’

‘Senang je, kalau nak jimat elektrik. Memang senang sangat. Pasang aircond tapi jangan on.’ jawab saya sambil layan makan steamboat.

‘Hah…. Macam mana nak buat bagi jimat elektrik?’ tanya isteri Joe yang dari tadi diam.

‘Pasang aircond tapi jangan on.’ Ulang Joe pada isteri dia.

*********************************

>>Rahsia Jana Duit Internet<<

Tips Penjimatan Tenaga Elektrik - Pindah ke kutub
Tips Penjimatan Tenaga Elektrik – Pindah ke kutub

Okey, hari ini saya ingin kongsikan sedikit tips penjimatan tenaga elektrik bagi penggunaan penghawa dingin. Bukan tips yang hebat pun cuma sekadar jadi pengguna yang bijak. Tips penjimatan tenaga elektrik adalah:

  • Pilih produk elektrik yang mempunyai label jimat elektrik bagi yang baru nak beli penghawa dingin. Ramai juga orang kata sistem inverter bagus.
  • Pastikan penghawa dingin yang dipasang adalah mengikut kuasa kuda yang sesuai dengan keluasan kawasan. Sebaiknya kirakan BTU (British Thermal Units) untuk dapatkan berapakah kuasa kuda yang diperlukan untuk satu kawasan.
  • Sebaiknya pasang penghawa dingin secara back-to-back antara indoor dan outdoor unit untuk meningkatkan kadar kebolehkerjaan dan kecekapan penghawa dingin. Jika tidak boleh back-to-back cari jarak yang terdekat antara indoor dan outdoor.
  • Jika jarak terlalu jauh antara indoor dan outdoor, boleh tambahkan motor easi-flo untuk tingkatkan kecekapan. Harga satu unit easi-flo adalah RM +/- 350.
  • Elakkan meletakkan suhu penghawa dingin pada suhu paling rendah (16 darjah celsius) sebaiknya amalkan suhu minimun lebih tinggi dari 22 darjah celcius. Ini juga dapat memastikan compressor tidak bekerja pada tahap optimum dan memanjangkan jangka hayat penghawa dingin.
  • Sebolehnya pastikan ruang yang dipasang penghawa dingin adalah ruang tertutup (mempunyai pintu) jika ruang terbuka compressor perlu bekerja pada tahap optimum untuk sejukkan ruang.
  • Untuk tidur malam, sebaiknya cuba setkan timer berapa jam kita perlukan penghawa dingin untuk tidur. Biasanya kita perlukan suasana yang sejuk dalam sejam atau dua jam awal sahaja, kerana pada jam 1-2 pagi udara sudah mula sejuka biasanya.
  • Melakukan senggaraan secara berkala untuk penghawa dingin di rumah. Sebaiknya adalah mencuci habuk pada penapis luaras sebulan sekali, senggaraan penuh sekali dalam tempoh enam bulan dan lakukan senggaraan dengan bahan kimia setahun sekali.

Itu adalah antara tips penjimatan tenaga elektrik yang boleh saya kongsikan bagi pengguna penghawa dingin. Harapnya apa yang saya kongsikan ini dapat membantu. Bersama kita menjadi pengguna yang bijak.

Nanti bolehlah gunakan duit yang dijimatkan untuk melabur dalam unit trust.

Bulan puasa ramai yang cakap tiada masa untuk bersenam. Lagipun mereka katakan badan lemau dan
9 Mei 2018 yang lalu jadi tanggal penting dalam sejarah Negara Malaysia apabila Parti Barisan
Filem Deadpool 2 sudah mula di tayangkan pada Selasa. Dan pasti ramai yang menunggu untuk
Takeo Kukuchi jenama fesyen di Jepun Jenama fesyen Jepun Takeo Kikuchi
Eddie Putra adalah salah satu photografer yang amat aku segani. Dia memang antara legend lah.
(Visited 224 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

16 thoughts on “Tips Penjimatan Tenaga Elektrik Bagi Pengguna Penghawa Dingin”

  1. SA memang very particular dengan bab menjimatkan elektrik ni…masalahnya housemate SA sgt2 mengada2…mentang2 sewa rumah including utilities..sukati abah dia jer bukak lampu time tido bila SA xde kat rumah….kadang2 memang sakit hati…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge